Budak sekolah gores belakang tapak tangan untuk bukti anak JANTAN.

Betul ke apa yang Gomez dengar ni?? Sekarang ni perkara pelik tengah trending di kalangan budak-budak sekolah rendah. Kononnya kalau korang buat benda ni korang akan tergolong dan diiktiraf sebagai anak JANTAN!

Kalau korang tak buat maknanya korang bukan anak jantan, tapi pondan mungkin. Tak pasti berita ini saheh atau tidak tapi katanya merebak satu perbuatan menggores belakang tapak tangan dengan duit syiling, gores sampai lekat bekas takpun sampai berdarah.

Sapa yang buat macam tu dan ada parut kat belakang tapak tangan dorang haaaaaa sah-sah la dorang anak jantan. Kegiatan tak bermoral ini dikatakan menular dikalangan budak tahun 3,4,5 dan 6. Hurmmm betul ke ni??

Nak cakap tipu pun ada budak-budak yang kantoi dengan cikgu sebab terjebak dengan kegiatan ni dan dekat belakang tapak tangan dorang memang ada kesan parut gores tue. Dorang saling mencabar antara satu sama lain. Haishhhhh takde motif betul la buat benda berfaedah macam ni.

Kalau betul la kegiatan gila ni tengah menular dikalangan budak-budak sekolah rendah, Gomez rasa pihak sekolah patut bertindak segera dari dorang terus cederakan diri sendiri dengan kepercayaan karut ni.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *