DAP kata Ulamak PAS gila kuasa dan kuat cemburu.

Benarkah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri dan mencemburui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu???

Menurut Ketua Veteran DAP, Lim Kit Siang, Hadi pada PRU lalu bercita-cita tinggi mahu menjadi perdana menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya, tetapi itu perkara itu tidak terjadi kerana PR kalah pada pilihan raya tersebut.

Tambah Kit Siang, Hadi turut iri hati apabila PR sepakat memilih Ketua Umum PKR untuk menjadi perdana menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU lalu.

Kit Siang berkata, ada hikmahnya juga apabila PR kalah pada PRU tersebut kerana jika PR menang pada pilihan raya itu, Malaysia kini mempunyai perdana menteri bernama Abdul Hadi Awang dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

“Bila dikenangkan, mungkin satu hikmah Pakatan tidak peroleh majoriti kerusi Parlimen pada PRU13. Jika tidak Pakatan perlu dapat belas ihsan Presiden pas yang tidak sama sekali menerima Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Abdul Hadi mungkin buat pusingan untuk menyokong calon Umno sekali gus menyebabkan krisis sebelum kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan dapat diteruskan,” sindir Kit Siang.

Jika benarlah apa yang dikatakan Kit Siang terhadap Hadi, Pas sebelum itu sudah pasti keluar meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno demi merealisasikan cita-cita Presiden Pas itu.

Inilah yang dikatakan ‘habis madu sepah dibuang’ apabila DAP berjaya menawan dan mentadbir kerajaan negeri hasil usaha sama penyokong Pas yang menyokong DAP pada pilihan raya lalu..-Utaranews.com-

One thought on “DAP kata Ulamak PAS gila kuasa dan kuat cemburu.

  • 19/08/2015 at 5:30 am
    Permalink

    Kit Siang dah semakin sedar apabila beliau melihat begitu kuat dan berkesan ajaran Islam merosakkan rancangan beliau supaya pemimpin Melayu berpecah-belah. Sebaliknya ajaran Islam telah menyebabkan pemimpin PAS dan UMNO kembali bermuhasabah untuk menyambung silahturahim.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *