Lagi penduduk kampung dihalau oleh DAP P.Pinang.

Sedih yang hanya dapat Andy ungkapkan apabila kerajaan DAP dengan rakusnya merobohkan puluhan kediaman di Kampung Malaysia Mak Mandin.

Bayangkan perkara ini berlaku kepada diri anda sendiri mahupun keluarga terdekat apabila kediaman yang diduduki puluhan tahun, akhirnya dirobohkan oleh kerajaan negeri tanpa perbincangan dan pampasan yang setimpalnya.

Apa yang lebih memilukan apabila kerajaan negeri tergamak melakukan kepada penduduk situ yang kebanyakan warga emas dan miskin yang tiada tempat lain untuk berteduh.

Malah, amat menyedihkan apabila kerajaan negeri yang diterajui Lim Guan Eng pernah menjanjikan rumah untuk penduduk di kampung tersebut tidak terbina sehingga kini.

Dimana mereka ini perlu berteduh tatkala rumah mereka selama ini menjadi tempat teduhan dirobohkan dan rumah yang dijanjikan tidak terbina??

Dimanakah sifat belas kasihan kerajaan negeri kepada mereka ini??? Kegilaan apakah kerajaan DAP ini yang tiada belas kasihan dan menganiayai orang miskin??

Perkara ini jelas menunjukkan kerajaan DAP rakus menyalahguna kuasa untuk menghalau golongan bawahan tanpa perbincangan dan belas kasihan.

Oleh itu, Andy berharap penduduk di negeri ini dapat membuka mata melihat kerakusan yang dilakukan oleh kerajaan DAP ini.

Andy difahamkan sebelum ini kerajaan DAP dengan rakusnya menghalau peniaga pasar karat atau lebih popular peniaga ‘rope walk’ di Armenian Street kerana dikatakan peniaga disitu menjual hasil barangan curi.

Ini lagi satu tindakan kerajaan DAP yang mengecewakan apabila menyekat peniaga disitu untuk mencari sesuap nasi dengan mengatakan peniaga disitu menjual barangan curian.

Sehingga kini, Andy dimaklumkan peniaga-peniaga ini tidak mendapat tempat untuk mereka berniaga bagi mencari sesuap nasi. Inikah yang dikatakan kerajaan negeri prihatin dengan masalah rakyat??-AndyBolat/Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *