Letak anak nama Syaitan supaya umur panjang

Isu nama pelik-pelik ni masih berlarutan. Ni yang terbaru pula muncul nama unik lain iaitu Saiton, (syaitan). Lelaki yang bernama Saiton berasal dari Palembang, Sumatera Selatan. Ada jugak la orang letak nama anak macam tu noh. Pelik betul la!

“Saiton lahir di Paldas Banyuasin, 10 Febuari 1976. Nama tersebut, kata dia, merupakan pemberian kedua orang tuanya, Cik Nang dan Saimubah,” petik laporan Liputan 6 Com.

Menurut  Saiton, nama tu diberikan kepada dia sebab dari 12 orang adik beradik dia yang lahir, dua orang aje yang kekal hidup. Sepuluh yang lain meninggal masa berusia 5 hingga 7 tahun.

“Jika hidup semua, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya lahir, orang tua saya berfikiran saya  tidak mungkin hidup. Kemungkinan kerana kesal anaknya meninggal terus dan sebab itulah orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.

“Kerana itu, saya diberi  nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah ‘kepalang bingung mau kasih nama apa’ (sudah pening untuk memberi nama) ,” kata Saiton.

Ohhhhh, cenggitu rupanya. Menurut Saiton, masa dia berusia tiga tahun, dia pernah memprotes nama tu sebab selalu dijadikan sebagai bahan ejekan rakan-rakan dia. And then mak bapak dia tukar nama kepada Iskandar.

Tapi lepas tukar nama Saiton sakit sampai berpanjangan selama tiga tahun. Macam-macam dah buat untuk sembuh tapi semua gagal.

“Orang tua saya panik dan beranggapan, bahawa saya juga tidak akan panjang umur sepertimana saudara saya yang lain, akhirnya saya dibawa kepada orang pintar dan disarankan untuk mengembalikan nama saya seperti sediakala.

“Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya sembuh dan hingga kini tidak ada penyakit yang parah menimpa saya,”kata Saiton.

Pelik bin ajaib betul la. Agak-agaknya ada ‘benda’ lain yang menganggu kot noh. Ada yang tak puas hati dengan family Saiton kot. Wallahu a’lam.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *