Mahathir Mencatur Demi Rakyat Atau Mencatur Untuk Agenda Tertentu?

Sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak mengemudi negara sebagai Perdana Menteri, Malaysia telah mempunyai 5 orang Perdana Menteri dan kelima-lima tokoh tersebut sudah tentu mempunyai sejarah yang tersendiri.

Tidak dinafikan bahawa masing-masing dari mereka telah diduga dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan kontroversi yang sedikit sebanyak mencemar nama baik mereka sebagai pemimpin nombor satu negara.

Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan Perwaja, skandal Bank Negara dan banyak lagi hingga menyebabkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menuduh bahawa skandal kewangan negara mula terjadi sejak di zaman beliau.

Sama seperti Tun M, Tun Abdullah Ahmad Badawi pun menerima nasib yang sama. Walau dilabel sebagai “Mr. Clean” ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, namanya turut terpalit dalam pelbagai kontroversi. Malah nama keluarga beliau seperti menantunya, Khairy Jamaluddin turut dikaitkan.

Penulis masih ingat lagi tentang MV Augusta, ECM Libra “geng tingkat 4” dan banyak lagi perkara yang digunakan pihak tertentu untuk menjatuhkan Pak Lah ketika itu. Ketua yang menjatuhkan Pak Lah siapa lagi kalau bukan Tun M sendiri.

Beliau yang menaikkan dan beliau jugalah yang menjatuhkan. Seolah mencatur bidak cuba mempercepatkan giliran seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Namun seperti biasa, lagaknya tetap bagai “suci” tidak terpalit sebarang skandal. Padahal…

Dan kini giliran Najib pula? Najib diserang siang dan malam tanpa rasa jemu, apatah lagi rasa bersalah. Kononnya bertanya, tapi nampaknya seperti menuduh. Malah Tun M sendiri mengaku beliau sememangnya mahu menjatuhkan Najib.

Kononnya demi “rakyat”, benarkah? Jika ikhlas demi rakyat atau demi UMNO, penulis yakin tindakan yang beliau lakukan terhadap Najib itu sama sekali tidak wajar. Pada penulis, tindakan Tun M hanyalah untuk menjatuhkan Najib, menaikkan namanya seolah “suci” dan memburukkan imej UMNO di mata rakyat.

Jadi, tidak hairanlah ramai ahli dan pemimpin UMNO tulen yang menyalahkan Tun M seandaikan UMNO dan BN tewas pada PRU ke-14 nanti.

Mungkin benar Najib terima sumbangan berbilion ringgit dari mereka yang menyokong kerajaan BN di luar sana. Dan mungkin benarlah bagai dikata bahawa wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun di atas nama Mohd Najib Tun Razak.

Namun penafian Tun M yang mengatakan beliau telah menyerahkan wang berjumlah RM200 juta kepada Pak Lah ketika melepaskan jawatan itu juga seolah membuktikan beliau ‘kantoi’ menggunakan akaun di atas nama beliau, bukan?

Maksud penulis, jika benar wang sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun amanah UMNO, apakah beliau perlu menyerahkan wang tersebut pada Pak Lah? Sekiranya wang itu di dalam akaun amanah UMNO, beliau hanya perlu menukar namanya kepada nama Pak Lah saja pada akaun tersebut, bukan? Tidak perlu pun diserahkan wang itu pada Pak Lah.

Tapi, kata Tun M, beliau serahkan wang, bukan tukar nama, bukan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengeluarkan kenyataan maka buruk padahnya bila ‘kantoi’ sebegitu, bukan?

Pada pandangan penulis, memandangkan segala jawapan logik, bernas dan berfakta telah diberikan padanya, namun beliau tetap menolak dan enggan mengaku kalah, maka mungkin kerana itu beliau tetap mahu terus menegakkan benang yang basah.

Mahu mengaku salah terasa malu pula kerana pertanyaan yang berunsur tuduhan itu bersumberkan fakta yang diubahsuai. Hendak tarik balik kenyataan mahu menjatuhkan Najib, terasa terlalu besar pula egonya untuk beberbuat demikian. Padanlah beliau menolak apa saja jawapan yang diberikan.

Sampai ke tahap ini, penulis yakin bahawa mereka-mereka yang tidak yakin pada Najib itu bukanlah berniat untuk mencari kebenaran. Sebaliknya mereka-mereka itu berkemungkinan bertujuan untuk menggulingkan Najid dari jawatan Perdana Menteri. Itu saja motif mereka.

Selagi Najib tidak lepaskan jawatan Perdana Menteri, mungkin selagi itulah mereka akan menyerang beliau. Selepas Najib turun, maka puaslah hati mereka. Namun selepas itu, mungkin mereka sendiri akan kelam-kabut bila wujud perebutan di kalangan mereka untuk duduk di kerusi Perdana Menteri.

Penulis lihat, ada juga yang terpengaruh dengan permainan politik yang dicatur pihak tertentu itu. Tapi jika fakta tiada dan hanya bersandar pada fakta rekayasa dari Sarawak Report, penulis yakin mereka akan malu suatu hari nanti. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak.

Apapun, penulis menunggu tika dan saat kebenaran didedahkan oleh Pasukan Petugas Khas. Jika terbukti tiada kesalahan pada Najib, tahulah apa yang akan penulis hendak buat nanti, bukan? Hingga itu, kita bersabar dulu… –Amir Hamzah/Utaranews.com

2 thoughts on “Mahathir Mencatur Demi Rakyat Atau Mencatur Untuk Agenda Tertentu?

  • August 5, 2015 at 3:08 am
    Permalink

    BAGAIMANA JAMBATAN BENGKOK YANG DIKEHENDAKI…..BEGITU JUGA NGAN HATINYA YANG BENGKOK. DAH DI
    PENGHUJUNG USIA MASIH TAK PUAS2. UNTUK RAKYAT KONON…..SEMASA PEMERINTAHANYA SIAPA YANG KAYA ? SEMBANG JER LA……

    Reply
  • August 5, 2015 at 5:56 am
    Permalink

    Terbaik saudara Amir Hamzah….saya setuju….kita bersabar dulu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *