Mahathir menipu lagi pasal GST..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perlaksanaan sistem barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi punca penyusutan nilai Ringgit.

Mahathir berkata, pelaksanaan GST telah menyebabkan peningkatan kos sara diri terhadap rakyat di negara ini dan menyebabkan rakyat di negara ini terpaksa berjimat dalam perbelanjaan bulanan mereka.

Selain itu, pelaksanaan GST juga telah menyebabkan nilai Ringgit jatuh teruk sehingga melebih RM4 bagi AS$1.

“Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuatkan kejatuhan nilai ringgit lebih teruk,” kata Mahathir menerusi entri terbaru di blog miliknya.

Benarkah pelaksanaan GST telah menyebabkan nilai matawang negara mengalami kejatuhan??? Bukankah kejatuhan nilai matawang berpunca dari harga minyak dunia yang rendah???

Jika benar GST telah menyebabkan nilai matawang menjadi susut, mengapa negara yang telah mengamalkan sistem cukai itu tidak mengalami kejatuhan nilai matawang sebelum ini???

Mahathir turut mengulas mengenai rancangan menjatuhkan kerajaan oleh pemimpin pembangkang dengan beberapa pemimpin BN dengan mengatakan perkara itu tidak akan terjadi kerana bukan mudah untuk mendapatkan majoriti mudah melalui undi tidak percaya.

Mahathir berkata, usaha menggunakan undi tidak percaya tidak akan berhasil kerana ahli Parlimen pembangkang tidak mencukupi dan Ahli Parlimen BN masih setia bersama perdana menteri.-Utaranews.com-

3 thoughts on “Mahathir menipu lagi pasal GST..

  • August 18, 2015 at 4:59 am
    Permalink

    Kerana Malaysia terlalu bergantung kepada minyaklah yang menyebabkan ringgit jatuh teruk tetapi tidaklah seteruk Russia dan beberapa negara lain. Budget Malaysia disumbangkan oleh Petronas melebihi 30%. Kalau GST tidak diperkenalkan Malaysia akan mengalami systematic economic failure yang boleh menyebabkan ekonomi lebih parah kerana tiada sumber pendapatan untuk menggantikan kejatuhan harga minyak. Mahathir hanya ingin memperbodohkan rakyat. Dia ingin tunjuk pandai, tapi berapakah harga minyak dizaman pemerintahannya (2 hingga 3 kali ganda harga sekarang). Dia boleh berbelanja sakan pada masa itu dan berjudi pula dengan forex exchange sehingga Malaysia kerugian RM30 Billion (current value RM100 Billion).

    Reply
  • August 18, 2015 at 8:59 am
    Permalink

    Untuk Tun M lebih baik tumpukan masa kat Proton. UNTUK Pm Najib apa tindakan menghadapi inflasi dan kadar pengganguran yang meningkat…jangan lah duduk diam sahaja. Asik2 berpolitik saja …jemu lah

    Reply
  • August 18, 2015 at 10:21 am
    Permalink

    macam dia yang kawal usd….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *