Mukhriz marah orang serang Muhyiddin.., tapi tak kisah Mahathir serang Najib.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta semua pihak tidak mengganggu jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana beliau dipilih menerusi proses pemilihan parti.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata, jawatan Timbalan Presiden parti tidak sama dengan jawatan timbalan perdana menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Sehubungan itu, adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak mempertikaikan perkara itu dan meminta Muhyiddin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, katanya.

“Kekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau banyak berjasa kepada parti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun semalam.

Mukhriz yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun menjelaskan pelantikan atau pengguguran seseorang di dalam Kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan tertakluk kepada Perlembagaan.

Tetapi Mukhriz lupa untuk menasihati bapanya sendiri iaitu Tun Mahathir yang kini sibuk menganggu jawatan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih oleh majoriti rakyat.

Mukhriz sepatutnya mengingatkan bapanya bahawa Perdana Menteri dilantik bukan secara suka-suka oleh individu tertentu tetapi dipilih oleh majoriti besar rakyat Malaysia dan juga ahli UMNO. Sekarang ini mengapa pula Mahathir berkeras mahu menjatuhkan Najib seolah-olah dia yang menaikkan Perdana Menteri tersebut?

Mukhriz juga sebagai seorang bawahan kepada Presiden UMNO serta Menteri dibawah seliaan DS Najib, patut menyokong serta mempertahankan imej Perdana Menteri serta Presiden Parti. Bukannya mengutamakan Timbalan Presiden melebihi Presiden sendiri.

Apakah Mukhriz mahu tunjuk bahawa dirinya lebih menyokong Muhyiddin dari Najib? Dimana suara Mukhriz ketika Perdana Menteri serta Presiden parti itu dihentam pelbagai pihak? Adakah Mukhriz pun bersetuju dengan pihak yang menyerang DS Najib? – Big B/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *