Murid dan Guru di P.Pinang DIHARAMKAN sambut Merdeka versi DAP.

Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain hari ini mengharamkan pelajar dan tenaga pengajar di seluruh negeri Pulau Pinang untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 yang dianjurkan kerajaan negeri.

Ini berikutan tema yang diguna pakai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bertentangan dengan kerajaan Persekutuan apabila mereka menggunakan tema ‘Bersih’.

Jelas Osman, beliau mengharamkan pelajar dan tenaga pekerja dinegeri itu menyambut adalah kerana ia bertentangan dan mahu menghasut minda anak muda khususnya pelajar dengan politik kotor mereka.

Oleh itu, beliau mengharamkan mana-mana pelajar mahupun tenaga pelajar untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan DAP itu.

“Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri itu,” kata Osman.

Agak biadap apabila kerajaan DAP Pulau Pinang berani mencemari sambutan Hari Kemerdekaan dengan meletakkan tema ‘Bersih’ yang selari dengan perhimpunan ‘Bersih’ yang akan diadakan hujung bulan ini.

Malah, mereka menggunakan taktik kotor dengan menggaburi perhimpunan ‘Bersih’ itu dengan mengadakan hari sambutan Kemerdekaan oleh kerajaan negeri yang akan disertai oleh pelajar.

Mengapa perlu melakukan begitu?? takut kerana tidak mendapat sokongan pada hari perhimpunan itu diadakan ke?? ataupun mahu mengatakan rakyat di negeri Pulau Pinang juga turut mengadakan perhimpunan ‘Bersih’ untuk menuntut kehendak pemimpin pembangkang??

Amat dikesali apabila kerajaan negeri sanggup melakukan demikian semata-mata mahu memenuhi impian mereka sehingga mengotori institusi pendidikan di negeri itu.

Kita mahu menyambut hari Kemerdekaan bagi mengingati perjuangan pemimpin yang bermati-matian mahu membebaskan negara dari penjajah, namun hari ini mereka ini pula mahu mencemari hari itu dengan mengadakan perhimpunan yang entah apa tujuannya.

Diharap, penduduk negeri Pulau Pinang serta seluruh rakyat dapat membuka mata dengan tindakan busuk pembangkang dan DAP ini yang mahu mencemari hari Kemerdekaan dengan mengadakan perhimpunan yang tidak memberi sebarang faedah kepada peserta.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *