Nik Abduh tak kisah abangnya ikut Mat Sabu..

Nik Abduh membuat kenyataan menafikan bahawa abangnya, Nik Omar telah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). Menurut kenyataan beliau kepada media, Nik Abduh menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang hasrat abangnya tersebut seperti yang disebarkan oleh laman rasmi GHB sebelum ini.

“Saya hubungi dia berada di Thailand kerana dua, tiga hari menghantar anak dia belajar. Saya tak tahu gambar tu gambar bila kerana dia dua, tiga hari berada di Thailand.

“Saya tak boleh nak komen,” katanya Berikut jawapannya ketika ditanya jika Nik Omar menyertai GHB.

Walaubagaimanapun, Nik Abduh tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya benar Nik Omar mahu menyertai GHB dibawah pimpinan Mat Sabu kerana Nik Abduh berpandangan, ianya adalah hak masing-masing.

“Saya terima. pimpinan Pas, pimpinan UMNO, pimpinan DAP masing-masing demokratik untuk siapa-siapa nak pilih gerakan masing. Keluarga saya ini 10 orang masing-masing semua sokong Pas tetapi NGO ini masing-masing berbeza.

“Ada yang ikut IKRAM, ada yang ikut ISMA tapi tabligh tidak ada lagi. Pak sedara keluarga saya banyak ..ayah saya tak marah kerana semuanya sokong Pas. Dalam krisis ini pun mungkin ada perbezaan antara kami adik beradik tapi itu tidak menjejaskan hubungan,” ujarnya. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *