Penyokong cina #bersih4 bawa penyapu nak halau pemimpin melayu.

Perhimpunan Bersih 4.0 bermula dengan amat ketera sekali kekurangan penyertaan peserta daripada bangsa Melayu, di mana bangsa Cina lebih mendominasi sebahagian besar daripada penyokong yang hadir.

Ramai daripada penyokong Bersih yang berbangsa Cina mengambil bahagian dalam protes tersebut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perhimpunan itu yang mungkin akan lemah tanpa sokongan orang Melayu.

Lee Kok Seng, bersama rakan-rakan yang datang dari Johor Bahru semalam berkata, perhimpunan Bersih akan memberikan impak yang kecil tanpa penglibatan orang Melayu.

“Saya bimbang ini akan membuatkan kumpulan anti Bersih membuat spekulasi yang mengatakan bahawa Bersih didalangi oleh orang Cina.

“Ia mungkin membawa kepada ketegangan di antara kaum jika kenyataan seumpama itu berlaku dan tidak dikawal oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tan Kok Ann, dari Kuantan, berkata ketidakhadiran orang Melayu dalam perhimpunan kali ini mungkin disebabkan oleh PAS yang menarik diri daripada perhimpunan tersebut.

“Mungkin ia menunjukan bahawa pertubuhan Gerakan Harapan Baru, yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS, terlalu awal untuk meraih sokongan yang besar daripada orang Melayu.

“Jika orang Melayu tidak menyertai perhimpunan ini, ia juga akan turut menjejaskan PKR. “Walaubagaimana pun, kami berharap orang Melayu akan muncul di dalam perhimpunan yang berlangsung,” kata ejen hartanah 36 tahun itu.

Mengikut laporan semalam, tinjauan Merdeka Center menunjukan, 1,010 orang pengundi mendapati bahawa 43% memihak kepada Bersih 4, manakala 47% lagi tidak menggalakkan perhimpunan itu diadakan.

Tinjauan itu juga mendapati bahawa orang Cina antara yang paling ramai menyokong perhimpunan tersebut, dengan 81%, berbeza dengan 51% daripada kaum India dan 23% adalah pengundi Melayu mengikut keputusan disiarkan di laman web itu.

One thought on “Penyokong cina #bersih4 bawa penyapu nak halau pemimpin melayu.

  • 31/08/2015 at 12:39 am
    Permalink

    Berak pun x basuh.. Bersih ka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *