Pramugari MAS tinggal nota sebelum bunuh diri

Seorang pramugari memilih untuk menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat empat sebuah  Apartment Green Avanue Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, mayat mangsa, Chong Nyuk Moi ditemui dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah kira-kira jam 6.30 petang, semalam oleh orang ramai.

Pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.

Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.

“Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.

“Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam,” katanya.

Ketika kejadian, teman serumah mangsa, Kok Sin tidak tahu menahu akan tindakan nekad mangsa bunuh diri tersebut kerana dia sedang tidur. Namun pada pagi kejadian, dia ada mendengar suara mangsa menangis bersendirian di biliknya.

Tapi punca mengapa rakan serumahnya tue menangis tidak dapat dipastikan. Hasil siasatan, pihak polis menemui sebuah buku nota yang mengandungi nota bunuh diri di atas katil si mati.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *