Sebar Fitnah Pada Ac Mizal, Emelda Rosemila Serang Wartawan

Baru-baru ini kecoh mengatakan stesen radio, peace Yall FM yang dimiliki oleh AC Mizal tak bayar gaji pekerja-pekerjanya.. Terkejut dengan berita itu, AC dah pun menafikan perkara itu kat laman Instagram miliknya..

Ramai antara artis lain turut tampil menafikan fitnah itu kat laman Instagram milik mereka.. Terbaru, Emelda Rosemila pulak menafikan perkara itu.. Dah macam samseng dah Miss A tengok Emelda ni.. Garang benor!

“Kepala hotak kau syed! Nak jadi wartawan jadi betul2,jangan bawak sikap pondan pastu memondankan citer yg kau tulis. Check betul2 kesahihan cerita yg kau nak tulis dgn org yg dituduh tu dulu betul2 baru publish kasi satu Msia tahu. @peaceyallfm mmg takde masalah dari dulu. Nie laa klu dah pondan jadi wartawan,jahanam cerita diputar belitkan. Becareful ya, ingat org boleh ambil tindakkan atas penulisan yg boleh menjatuhkan maruah dan reputasi seseorang. Wartawan bodoh. Sekolah mana dulu ek? @emyliaac #theothasideofemelda #icanbemean” tulis Emelda..

Tak pasal-pasal kena setempek kat dahi sebagai ‘wartawan bodoh’ dan ‘pondan’.. Memang tak boleh diusik betul isteri Adli Aman Ramlie ni kan.. Habis disemburnya..

Apapun, semoga perkara yang menimpa AC ni akan dijadikan pengajaran buat semua wartawan.. Kalau tak pasti dengan berita yang disampaikan lebih baik jangan tulis.. Sekali dah tersalah langkah, berduyun-duyun maki hamun menimpa diri..

Banyak betul orang datang backup AC  tau.. Dah macam ‘Abang Long’ pulak Miss A tengok AC ni..hehe.. jangan main-main ye sama ‘Abang Long’.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *