4 Cina DAP #Bersih4 diburu Polis sebab pijak gambar Ulamak dan PM.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan individu yang memijak gambar Ulama Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan haram Bersih 4.0 telah pun dikenal pasti.

Menurut Zahid, selepas insiden memijak gambar pemimpin dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 menjadi viral di laman sosial, pihak berkuasa giat mencari individu terbabit kerana perbuatan tersebut bukanlah menunjukkan budaya kita dan ia satu perbuatan yang amat memalukan.

Zahid berkata, setakat ini 4 individu telah dikenal pasti, namun dijangkakan lebih ramai peserta yang akan ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Dalam masa sama, Zahid sempat menasihati rakyat khususnya peserta perhimpunan haram Bersih agar menghormati pemimpin walaupun mereka tidak menyukai seseorang pemimpin itu.

Jelas Zahid, perbuatan tidak bermoral peserta perhimpunan haram itu boleh mencetuskan perkauman kerana gambar yang dipijak itu merupakan pemimpin Islam dan dipijak oleh ultra kiasu.

“Tindakan ke atas mereka sedang dijalankan. Tolong hormati pemimpin, kalau berbeza pandangan sekalipun, jangan hina dan memijak gambar pemimpin.

“Dalam hal ini, saya lihat ada hikmahnya kerana atas nama pemimpin yang dihina, InsyAllah Umno dan Pas akan mengambil tindakan sama terhadap mereka yang terlibat,” kata Zahid ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah.

Sehubungan itu, Zahid turut memberi amaran terakhir kepada pihak penganjur perhimpunan haram itu agar mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.

Zahid berkata, selepas ini pihak penganjur jangan menyalahkan mana-mana pihak jika pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana amaran telah pun diberikan.

“Selepas ini jangan marah polis, jangan marah Kementerian Dalam Negeri dan jangan marah kerajaan, sebaliknya marah diri sendiri. Walaupun Akta Perhimpunan Aman mengizinkannya, tetapi jika lokasi yang digunakan itu tidak digazetkan untuk perhimpunan tindakan tegas menanti mereka.

“Ini negara demokrasi buat cara demokrasi. Suka saya sebut, penganjur perhimpunan haram berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *