Adakah bekas Perdana Menteri yang pengaruhi Xavier Andre Justo?

Bekas Eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang dihukum penjara di Bangkok atas sabitan memeras ugut bekas majikannya, memaklumkan beliau terperangkap dengan permainan seorang pengguling kerajaan Malaysia.

Justo berkata, beliau seorang yang bodoh kerana tidak mengetahui pembeli maklumat mempunyai agenda politik untuk menggulingkan sebuah kerajaan.

Jelasnya, beliau terperangkap dengan permainan pembeli maklumat tersebut yang mahukan beliau mencuri data projek usaha sama antara firma Saudi itu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya bukan ‘whistle-blower. Ia mudah untuk saya dilihat dalam imej seperti itu tetapi saya bukan. Pembeli maklumat mempunyai agenda politik yang saya tidak ketahui.

“Saya tidak mempunyai idea apa yang terkandung dalam fail-fail itu. Saya tida tahu pembeli maklumat cuba menggulingkan sebuah kerajaan. Saya bodoh,” kata Justo.

Menurut Justo, beliau mendapat upah sebanyak 2 juta US dolar dengan memberi data berkenaan kepada pembeli terbabit.

Walaupun Justo tidak menyebut nama pembeli maklumat terbabit, namun dipercayai pembeli maklumat tersebut adalah seorang dalang yang bersekongkol dengan Sarawak Report iaitu bekas perdana menteri.

Lihatlah betapa jahatnya agenda orang tua tersebut sehingga sanggup memerangkap bekas eksekutif PetroSaudi itu dan mengupah Editor Sarawak Report untuk mengubah semula data yang telah dibeli dari Justo.

Justo yang dikenakan hukuman penjara 3 tahun di Bangkok, merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman yang dikenakan dikurang kerana bagi dirinya hukuman 3 tahun itu sebagai satu tempoh yang agak lama.

Menurut Justo, bagi mendapatkan permintaan rayuannya diluluskan, beliau akan memberi kerjasama kepada polis dan membuat pengakuan sepenuhnya berhubung tuduhan terhadapnya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *