Bekas Menteri BN sokong Bersih?

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mendakwa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sengaja mencari kesalahan Bersih yang mengadakan perhimpunan hujung bulan lepas.

Saifuddin berkata, Rahman Dahlan sengaja mencari kesalahan yang dilakukan penganjur Bersih 4.0 yang diibaratkannya seperti menegakkan benang yang basah.

Kata Saifuddin, terbukti perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan tidak menyalahi mana-mana peraturan, malah perhimpunan yang diadakan itu turut berjalan dengan berhemah tidak seperti sebelum ini yang penuh dengan kekecohan.

Tambah Saifudin demi mencari kesalahan Bersih, Rahman Dahlan sanggup menggali apa jua untuk melihat seolah-olah Bersih telah melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu hanya kecil.

“Setelah kantoi kerana Bersih 4.0 aman dan tak kecoh seperti yang diharapkannya, maka kini mereka cari dan cipta apa saja kesalahan walau paling kecil/remeh sekalipun.

“Pokoknya, Bersih 4.0 mesti dipersalahkan dan dihukum dikenakan caj kebersihan,” kata Saifuddin.

Saifuddin yang menyentuh mengenai bil yang dihantar ke alamat pejabat Bersih yang salah berkata, perkara seperti itu pun hendak dihebohkan oleh Rahman Dahlah, walhal perkara itu boleh diselesaikan.

Saifuddin berkata, Rahman Dahlan sengaja mencari publisiti murahan dengan menuduh Bersih sengaja memberi alamat yang salah untuk mengelak dari dikenakan denda bayaran sebanyak RM65,000.

“Siap ambil gambar pejabat Bersih dan kutuk pejabat tu kononnya kotor. Tahu-tahu bil dihantar ke alamat yang salah,” katanya.

Sedap betul Saifuddin mengata kerajaan sengaja mencari kesalahan Bersih. Betul ke Bersih tak ada kesalahan semasa mengadakan perhimpunan haram tempoh hari??

Peserta yang kencing merata-rata, merosakkan pokok bunga di ibu kota itu bukan satu kesalahan ke?? Yang paling kurang ajar siap pijak gambar pemimpin tu bukan kesalahan ke??

Lagi satu kalau dah bagi alamat pejabat tu bagi laa yang betul punya… wat apa bagi alamat tipu.. takut nak bayar ke?? ke duit ‘sponsor’ perhimpunan tu dah habis buat belanja sendiri??-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *