Biadap!! Straw plastik dijumpai pada coklat wafer roll

Nasib baik tak ditelan sekali ngappp aje, kalau tak sakit perut la! Jenuh nak kena operate pula. Jadi satu hal pula nak bedah bagai.

Nak jimat coklat pun jangan sampai nak membunuh orang pula, diletak sejenis plastik macam plastik hose kecik tu gantikan coklat di tengah-tengah wafer roll! Memang kurang ajar la.

Macam mana buat kerja tu, hah?? Jenama apa entah wafer roll ni, nampak perkataan belakang aje. Sebelum ni tikus dalam air soya baik punya diminum sampai habis baru sedar, lepas tu cicak pula berenang dalam sos.

Ni terkena pula lagi kat seorang pengguna wafer roll, status yang dimuatnaik di laman media sosial. ‘gile..nasib baik aku tak telan..tengah sedap menguyah tiba-tiba terkunyah benda ni..nasib baik anak aku bagi kat aku suruh habiskan, kalau tak mesti dia dah telan benda ni. adoi, macam mana la diorang buat keje ni, nak bunuh orang ke apa..’

Aniaya orang aje!! Buat kerja tu baik-baik sikit, ni melibatkan nyawa orang yang mengguna or makan. Kalau buat cenggini macam mana orang nak percaya sesuatu jenama tu lagi. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *