Cina DAP #Bersih4 pengotor! Kencing macam anjing di dinding bangunan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Bersih 4.0 tidak bersih kerana dicemari dengan air kencing peserta himpunan terbabit.

Rahman Dahlan berkata, peserta himpunan Bersih telah mengotori keindahan ibu kota dengan kencing di merata-rata tempat seperti di pokok-pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga, dalam parit dan mural yang terdapat di dinding bangunan.

Oleh kerana telah mengotorkan ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyerahkan satu bil bagi menanggung membaiki kerosakan dan kerja-kerja pembersihan sepanjang dua hari perhimpunan itu diadakan kepada Bersih.

Menurut Rahman Dahlan, bil yang dikenakan terhadap Bersih berjumlah lebih kurang RM65,000 untuk satu kawasan di Kuala Lumpur dan dikawasan lain yang diadakan himpunan itu masih dalam pengiraan.

“Saya serahkan kepada DBKL untuk berikan bil kepada mereka untuk kencing merata-rata tempat, pokok-pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga, dalam parit, semua ini akan kita bilkan kepada Bersih.

“Jumlah kos tambahan untuk membersihkan kawasan yang digunakan untuk membersihkan kawasan yang digunakan Bersih. Kosnya lebih kurang RM65,000 untuk Kuala Lumpur sahaja,” kata Ahli Parlimen Kota Belud itu.

Rahman Dahlan berkata, beliau berharap pihak penganjur Bersih dapat melangsaikan segera bil yang dikenakan DBKL terhadap mereka.

Tambahnya, jangan pula dana yang diperolehi Bersih 4.0 digunakan sehingga habis sehingga tidak mampu untuk membayar bil kos pembersihan yang telah dikenakan oleh pihak DBKL.

“Saya minta Maria jangan belanja dulu RM1 juta lebih dana yang diperolehi Bersih 4.0. Tolong jangan belanja habis. Saya fikir nak hantar satu bil kepada Bersih,” katanya.-Utaranews.com-

One thought on “Cina DAP #Bersih4 pengotor! Kencing macam anjing di dinding bangunan.

  • 02/09/2015 at 12:08 am
    Permalink

    Jangan cakap BERSIH kalau pongong pun tak basuh. Ibarat berkoko berderai2 ekor bau taik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *