Couple melayu sambut Merdeka dalam bilik Hotel

“Tunggu sekejap, saya mahu makan dulu,” kata seorang lelaki dengan selamba selepas dia dan pasangan dia kena tahan dengan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka.

Ewahhh-ewahh.. Ada commercial break pula dah!! Pandai dia buat lawak noh. Jenis muka tak tau malu ni!!! Kena cekup di Taman Merdeka, buat maksiat pun time sambut Merdeka. Cantik punya port diorang pilih!

Difahamkan, lelaki berusia 30-an tu langsung tak cemas sebaliknya berselera sungguh dia dok menjamah nasi goreng dan membiarkan awek dia dari Indonesia mari punya diambil keterangan oleh pegawai JAIM. Macam selalu kena aje lelaki tu! Tu selamba aje bila kena tahan.

Pasangan tu antara 12 pasangan yang kena tahan dalam Op Ambang Merdeka bermula jam 11 malam, kelmarin dan tamat jam 4.30 pagi semalam, selepas didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel tanpa mempunyai ikatan sah atau muhrim. Ishhhh-issshhh.. Sambut merdeka sungguh la depa nohhhh!

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani, operasi khas sempena ambang medeka selama lima jam itu diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JAIM Zurul Iman Zakaria bersama 15 anggota. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *