Dua remaja lelaki ditahan kerana cuba bakar Masjid.

Di London, dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran di masjid yang bernilai £15 juta (RM100 juta)  dan mampu memuatkan sehingga 10,000 orang dibuka pada 2003.

Masjid tu merupakan masjid terbesar Eropah di London. Awat la busuk sangat hati tu, hah?? Masjid tu kan tempat orang Islam bersolat. Saja diorang ni nak cari pasal. 

Difahamkan, kebakaran tu terjadi pada 11.30 pagi disebabkan tu lebih 70 bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Baital Futuh di Morden. Asap berkepul-kepul besar jelas dapat dilihat. Habis la masjid tu dijilat api.

Seorang lelaki berusia 40-an dibawa ke hospital untuk rawatan selepas mengalami kesukaran bernafas akibat dari menghidu asap tebal.

Menurut Jurucakap masjid Farooq Aftab, tiada kecederaan teruk kerana masjid tersebut sempat dikosongkan.

“Mujur kejadian tidak berlaku pada hari yang sibuk. Buat masa ini kami masih belum pasti apa sebenarnya berlaku,” katanya. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *