Foto penampakan Hantu Penunggu di lombong Guar Petai.

Kecoh mengenai sekeping gambar yang didakwa diambil di Lombong cantik di Guar Petai, Pulau Pinang. Didalam gambar berkenaan, ternampak seorang wanita sedang berselfie di tepi bukit berbatu secara berseorangan.

Lebih menyeramkan, diatas bukit batu berkenaan kelihatan sesusuk lembaga hitam seakan-akan wanita rambut mengerbang sedang memerhati ke bawah.

Menurut pengirim gambar, mereka tidak menyedari kehadiran lembaga/penunggu berkenaan sehinggalah pulang kerumah dan berkongsi gambar tersebut didalam group sosial Whatsapp.

“Pada awalnya, tak ada pun lembaga hitam tersebut dalam gambar.., tetapi kemudiannya rakan-rakan menyedari sesuatu tak kena apabila melihat semula gambar tersebut keesokan harinya..” jelas pengirim gambar kepada Utaranews.

Lombong di Guar Petai tersebut sebenarnya merupakan sebuah Kuari yang tidak lagi digunakan.. Kolam-kolam airnya pula terhasil dari air hujan yang bertakung dan bukannya mata air semulajadi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut penduduk kampung Guar Petai, kuari berkenaan berbahaya untuk dikunjungi memandangkan tanah berbukit tersebut yang tidak stabil dan ia jauh tersorok didalam hutan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *