Hakim tambah hukuman penjara 22 tahun kepada perogol anak kawan sendiri

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, menolak rayuan seorang lelaki yang dikenali Azaha Rasdi, 50-an agar hukuman 11 tahun penjara dan lima sebatan yang dijatuhkan ke atasnya dipertimbangkan semula dan diringankan.

Hukuman tu dijatuhkan kepada Azaha kerana pada tahun lalu dua kesalahan merogol anak gadis arwah kawan dia sendiri. Rayuan tu bukan takat gagal aje tapi di kasi tambah lagi menjadi 22 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang masa tu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada Disember 2004.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan. Manakala bagi pertuduhan kedua, Azaha didapati bersalah merogol mangsa pada Ogos 2007, di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan semak berdekatan Bukit Diman, Ajil.

Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan dua sebatan, namun dia mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak. Azaha memohon rayuan di Mahkamah Tinggi namun hakim menolak rayuan tu dengan mengekalkan tempoh hukuman penjara, namun mengarahkan ia berjalan berasingan.

Mampuih la berbirat sampai tertanggal isi bontot nanti. Memang padan pun dengan hukuman yang diterima tu!! Bertaubat la bersungguh-sungguh dalam penjara tu kalau kata menyesal. Dah buat titik hitam dalam hidup orang, ada hati lagi nak minta ringan hukuman tu!

Dah pandai buat, pandai tanggung! Masa buat benda terkutuk kat orang,  tak beringat padah yang akan diterima. Sekarang menyesal pun tak guna. Taubat la!! MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *