Indonesia mahu kerajaan Malaysia tetapkan gaji lebih pada rakyatnya.

Beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Indonesia bakal diketengahkan sewaktu pertemuan wakil kedua-dua negara di Kuala Lumpur, bulan depan. Pertemuan tersebut bakal diadakan bagi membincangkan isu berkaitan penghantaran tenaga kerja Indonesia ke Malaysia. Antara isu lain yang akan diberi perhatian adalah isu kenaikan gaji pekerja Indonesia.

Menurut Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri, pertemuan tersebut diadakan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung hak pekerja Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia secara sah. Bagi yang masuk secara haram tu jangan suka-suka hati pulak tuntut layanan yang sama.

“Pada asasnya kita hanya mahu menghantar pekerja yang sah dan Malaysia juga hanya mahu menerima pekerja yang sah,” katanya.

Dalam satu pertemuan Hanif dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, mereka turut membincangkan soal isu pelaksanaan pasport untuk dipegang pekerja, satu hari cuti dalam seminggu dan cara pembayaran gaji yang lebih mudah.

Sementara itu, proses bagi penyediaan penempatan yang baik bagi pekerja Indonesia yang berada di Malaysia sebenarnya memerlukan kerjasama yang kuat antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Kami ada berbincang berkenaan beberapa masalah. Ada juga beberapa isu remeh di Malaysia yang dibangkitkan pekerja Indonesia di sana seperti masalah pemeriksaan kesihatan, visa dan soal keselamatan,” katanya.

Sementara itu, ada satu kaedah baru pendaftaran pekerja asing telah diperkenalkan iaitu sistem tunggal pendaftaran pekerja asing secara dalam talian dan sistem itu akan dilaksanakan bulan depan.

“Sudah ada perbincangan untuk pendaftaran pekerja Indonesia melalui hanya satu saluran. Apa yang penting adanya penempatan pekerja secara jelas dan sah, dan bukan menyebabkan keadaan semakin rumit,” kata Hanif lagi.

Kos penghantaran pekerja asing ke Malaysia juga sepatutnya ditanggung penuh oleh majikan itu sendiri dan bukannya ditanggung sendiri oleh pekerja.-TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Indonesia mahu kerajaan Malaysia tetapkan gaji lebih pada rakyatnya.

  • 20/09/2015 at 11:07 am
    Permalink

    Utamakan rakyat sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *