Jangan buat spekulasi kehilangan Kevin Morais.. – SPRM

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Azam berkata, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi kehilangan Kevin dan mengaitkan kejadian ini dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi itu dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat 1MDB.

Dalam masa sama, Azam memaklumkan beliau agak terkejut dengan berita kehilangan Kevin kerana beliau telah lama mengenali Kevin dan berharap Kevin dapat ditemui dalam keadaan selamat dengan secepatnya.

“Saya sendiri mengenali Kevin dengan rapat sejak berkhidmat di SPRM dan berharap semua pihak akan mendoakan keselamatan beliau. Saya berharap Keluarga Kevin akan terus bersabar sementara menunggu pihak polis bertindak mengesan Kevin.

“Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan komited dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang yang sangat peramah.

“Sepangjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM,” kata Azam

Walaupun pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan agar tidak membuat spekulasi berhubng kehilangan Kevin, terdapat juga pemimpin pembangkang yang terlebih bijak dan mengetahui semua masalah yang dihadapi negara dengan mengatakan ini semua berkaitan isu 1MDB.

Malah, apa yang menyedihkan, pemimpin pembangkang turut mengaitkan insiden ini sama seperti kes altantuya. Bukahkah itu satu kenyataan yang kurang ajar?? Di mana sifat ihsan seorang pemimpin terhadap ahli keluarga Kevin yang sedang sedih dan trauma mengenai kehilangan Kevin??

Kevin dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk pejabatnya di Putrajaya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *