Kalau ikut zaman Nabi, habis semua isteri wakil rakyat PAS jadi janda!

Menurut Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya, pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu dan mengikut pandangan mazhab Maliki, Syafie dan Hambali yang menjadi pegangan ahli sunnah wal jamaah, bai’ah talak tiga terpakai dan jika dilanggar secara sedar, maka jatuh talak ke atas isteri pemimpin PAS.

Cumanya ulama berbeza pendapat dalam aspek jumlah talak iaitu apakah jatuh talak tiga (jika diniatkan) atau hanya talak satu.

Maknanya memang sah la jatuh talak kalau dorang selama ini melanggar sumpah bai’ah, so dalam erti kata lain habis la puak-puak isteri wakil rakyat PAS pakat jadi janda kalau hendak diikutkan. Huishhhh zalim noh.

“Sesungguhnya bai’ah ini lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Bagaimana dengan status perkahwinan ahli-ahli Pas yang dahulu berbai’ah tetapi kini meninggalkan parti itu,” kata Dr Fathul.

Pada zaman Gabenor Iraq, Hajjaj Yusuf, beliau ini la yang merupakan orang pertama yang mewujudkan syarat-syarat jatuh talak kerana beliau memang terkenal dengan pemerintahannya yang zalim. So maknanya kalau parti PAS ikut ajaran tue, mungkin kah dorang ni tergolong dalam pemerintahan yang tak berhati perut??

Adakah pemerintahan PAS selama ini boleh dikategorikan sebagai satu tapak pemerintahan yang zalim dah kejam kerana mempertaruhkan status perkahwinan sebagai cagaran untuk berpolitik?! Ini kerana dorang meletakkan syarat jatuh talak tiga kepada isteri jika melanggar sumpah bai’ah.

Rabu lepas, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad ‘menjatuhkan hukuman’ kepada Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli bercerai talak tiga dengan isterinya kerana melanggar sumpah bai’ah yang diucapkannya.

Kecoh jugak la bila statement itu dikeluarkan… Tapi menurut Fathul Bari lagi, jalan terbaik untuk merungkai semua keserabutan, adalah lebih baik bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu rujuk sendiri kat Mahkamah Syariah.

“Soal jatuh atau tidak talak itu terpulang kepada mahkamah,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *