Lelaki Ini Bunuh Anak Jiran Kemudian Campak Dalam Lubang Najis

Di Sichuan, seorang lelaki ditahan polis kerana membunuh anak jiran dia yang berusia tiga tahun sebelum membuang mayat mangsa di dalam lubang najis. Kekejaman semakin berleluasa, mangsa tak kira muda or tua. Hurmmm..

Suspek berusia 25 tahun yang dikenali Li mengaku mencekik Zhou Shijie hingga mati kerana mangsa berebut permainan dengan anak lelaki dia. Ya Allah, sebab tu aje dia bunuh budak tu. Agaknya Li sebenarnya ada masalah mental tu kot?

Budak-budak berebutkan mainan perkara biasa la kan? Sapa la yang tak pernah berebut mainan masa kecik-kecik kan! Mai besar panjang pun ada juga adegan berebut-rebut ni, normal la tu kan.

Difahamkan, pembunuhan tu berlaku 23 Ogos lalu masa Shijie pergi ke rumah suspek untuk bermain dengan anak dia di bandar Yibin, tengah China. Sebenarnya Li dengan family jiran dia tu rakan rapat. Sekarang ni jadi musuh ketat la.

Sebelum kejadian, Shijie keluar dengan datuk dia sebelum dia merayau sendirian dan pergi ke rumah keluarga Li. Pada mulanya tu, family Shijie menyangka Shijie hilang.

Nasib baik rakaman kamera keselamatan di kawasan perumahan tu menunjukkan mangsa pergi ke rumah jiran dia dan tak pernah keluar selepas tu. macam mana nak keluar kan, dah dibunuh dengan kejam! Li ditangkap sehari selepas kejadian apabila family Shijie membuat laporan polis.

Ketika disoal siasat Li mengaku mencekik Shijie hingga mati kerana terlalu marah selepas mangsa menolak anaknya masa berebut permainan. 

Tak pasal-pasal meringkuk dalam penjara pula lepas ni, and then persaudaraan yang dibina bertahun-tahun lamanya putus cenggitu aje. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *