Mahfuz – Ainina Secocok Bergandingan Sertai MaharajaLawak

Nak tergelak pun ada apabila melihat kerenah Ahli Parlimen Pokok Sena yang ‘duduk tak duduk’ tiba-tiba menobatkan bekas ahli Wanita UMNO yang dipecat, Ainina Saaduddin, sebagai lagenda ‘Mahsuri’ Pulau Langkawi yang baru.

‘Tukang karut terbuang’ dari PAS itu dalam kenyataannya memuji Ainina setinggi langit, mendakwa wanita itu berani bercakap benar dengan mempersoal tentang dana politik RM2.6 bilion yang diterima Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Penulis ketawa berdekah-dekah melihat telatah Mahfuz yang tidak ada kerja berfaedah selain menjadi ‘batu api’ dengan menjaga tepi kain orang, sedangkan partinya sendiri berantakan. Malah kedudukannya di dalam PAS juga tidak ketahuan hala!

Apa yang Mahfuz mengarutkan ini? Tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran dan tatatertib parti UMNO. Mahfuz sudah isi borang UMNO? Sejak bila dia berhak campur tangan dalam UMNO? Sudah tidak ada modal lagikah untuk menarik perhatian? Hal Sirul sudah selesai?

Untuk pengetahuan umum, Ainina telah memfailkan saman terhadap Presiden UMNO dan dia menuntut sebahagian dari wang dana politik yang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Memandangkan Fasal 20.7 yang digubal dan diluluskan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1987 yang memperlihatkan sakit hatinya bekas Presiden UMNO itu pada 11 individu yang memfailkan saman padanya, maka Ainina turut menjadi mangsa dipecat.

Mudah kata, Ainina dipecat adalah berdasarkan Peraturan 20.7 di dalam Perlembagaan UMNO di mana ia menyatakan bahawa “Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya”.

Justeru itu, adalah jelas bahawa Ainina dipecat bukan kerana dia berani, benar atau Najib marah padanya. Faktanya, Ainina dipecat disebabkan peraturan ‘auto-pecat’ yang dibuat Dr Mahathir. Faham atau tidak? Harap IQ rakyat Malaysia tidak serendah Mahfuz…

Perlu juga diberi perhatian bahawa wang RM2.6 bilion itu adalah untuk kegunaan UMNO dan bukannya untuk Ainina, penulis, atau mana-mana ahli UMNO atau penyokong UMNO, atau yang seumpama dengannnya secara peribadi.

‘Kencing’ atau tidak, dana tersebut digunakan untuk semua kegiatan, kempen, program, aktiviti dan pengurusan keseluruhan UMNO bagi PRU ke-13 yang lalu. Sekiranya dicongak, jumlah berkenaan adalah agak sederhana dan mungkin kurang cukup untuk menampung semua 222 kawasan parlimen serta lebih 500 dewan undangan negeri yang ditandingi Barisan Nasional.

Setahu penulis, wang tersebut telah diagih-agihkan kepada seluruh UMNO Negeri dan Bahagian di seluruh negara, termasuk UMNO Bahagian Langkawi. Jika Ainina kemaruk sangat mahukan wang tersebut, dia boleh meminta wang itu dari Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sekiranya masih ada baki.

Penulis yakin, Nawawi tidak lokek untuk menghulurkan sedikit wang tersebut jika ia masih berbaki lagi. Malah sekiranya wang itu sudah habis sekalipun, penulis juga yakin bahawa Nawawi tidak kedekut untuk menghulurkan RM5 atau RM10 kepada Ainina dari koceknya untuk tambang teksi.

Penulis agak pelik dengan tindakan melabel Ainina sebagai “Mahsuri”. Tindakan itu hakikatnya hanya akan mencemar nama baik lagenda pulau berkenaan memandangkan sikap dan perlakuan Ainina yang jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Mahsuri.

Dalam pembacaan penulis, Mahsuri merupakan seorang wanita yang penuh sopan santun, tinggi budi pekerti dan berbudi bahasa. Anak Pak Ndak Mayah itu tidak diajar untuk bersikap radikal, biadap, kurang ajar dan paling utama, akalnya mungkin tidak serendah Mahfuz.

Adalah amat memalukan bila bersikap tidak tahu menilai dan menuduh ikut sedap mulut sahaja tanpa menggunakan akal. Dan lebih memalukan apabila gagal secara total menggunakan akal fikiran yang waras untuk melabel Ainina sebagai Mahsuri.

Namun memikirkan gandingan Mahfuz dan Ainina ini, penulis mencadangkan kepada mereka suapay bergabung sebagai satu kumpulan dan menyertai program Maharajalawak di Astro. Peluang pasangan itu untuk menang dijangka cerah! –CheDot/Utaranews.com

One thought on “Mahfuz – Ainina Secocok Bergandingan Sertai MaharajaLawak

  • 10/09/2015 at 12:22 am
    Permalink

    Betul…

    Ainina boleh bergandingan dgn Jihan Kaya supaya ada calon wanita penuh utk bertanding Maharaja Lawak.

    Ainina nie muka herot, bila ketawa mulut senget (bukan menghina ciptaan Allah) tapi itulah merupakan tanda-tanda bagi orang yang kuat BENOR MENIPUNYA.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *