Mat Sabu dedahkan perangai jahat PAS

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa bahawa pepecahan parti dalam Pakatan Rakyat adalah berpunca daripada PAS. Kalau bukan kerana PAS, Pakatan Rakyat mungkin tidak akan terkubur pada Jun lalu.

Menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu lagi, PAS adalah dalang kepada tercetusnya perbalahan diantara parti di dalam Pakatan Rakyat. Mungkin perbalahan yang Mat Sabu maksudkan tu adalah penolakan perlaksanaan Hudud oleh parti DAP.

“Ia (Pakatan Rakyat) ‎berkecai pada muktamar PAS Jun lalu apabila parti itu (PAS) melalui satu usul telah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Kesannya, persepakatan antara parti-parti pembangkang menjadi terumbang-ambing. Ia ditambah dengan perbalahan dingin yang berlangsung lebih daripada dua tahun,” katanya.

Yela sapa suruh DAP tanak sokong PAS untuk laksanakan hudud.. Mat Sabu suka sangat la kalau hudud tak dilaksanakan. Mungkin dia takut kena potong tangan kot haha! Disebabkan perbalahan tue, pakatan baharu telah pun dilaksanakan tanpa PAS.

Kesian dorang haha… Kurang dah kekuatan dorang untung menentang kerajaan. Sudah la Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah nampak macam takde harapan. Silap-silap PAS mai kerjasama dengan UMNO balik.

Lagi satu PAS tetap bertegas tak nak kerjasama dengan pengkianat sebab bagi PAS semua ahli dalam parti Amanah adalah pengkianat kerana membawa pengaruh parti DAP ke dalam PAS… Sebab tu la Mat Sabu tubuhkan parti baru.-TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Mat Sabu dedahkan perangai jahat PAS

  • 29/09/2015 at 12:58 pm
    Permalink

    Pasai abg mat cakap macam tu..dapig bgi kat abg mat..brp..jgn hina pas..sedaq lah diri siapa abg mat..org jarak, pulau pinang pun tk kenai abg mat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *