Nurul Izzah tak berani balik Malaysia sebab takut disiasat Polis?

Ketaq kaki Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kerana dia sekarang ni tunggu masa saja bakal dijemput oleh pihak polis untuk diambil keterangan berhubung laporan akhbar aliran perdana pasal pendedahan Izzah pernah buat tawaran untuk beli data curi berkaitan 1MDB.

Fuhhhhhh… Maknanya adakah si Izzah ni memang pernah tawarkan diri untuk beli data curi tue?? Izzah akan disiasat kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurut Peguamnya, Latheefa Koya, polis cari sampai kepejabatnya untuk disoal siasat tapi sayangnya kelibat Izzah takde sebab sekarang ni Izzah kat oversea.

“Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan tetapi masih belum disoal siasat,

“Polis datang mencarinya semalam (Selasa) tetapi dia tidak ada. Nurul Izzah akan balik pada Isnin,” katanya.

Izzah sekarang ni ada di Amereka Syarikat untuk berurusan dengan pegawai Jabatan Negara, ahli politik, pemimpin masyarakat sivil dan peguam antarabangsa untuk raih simpati dan bagi tekanan terhadap Putrajaya pasal bapaknya yang tengah sakit kat dalam penjara tu, sakit bahu katanya.

Nurul Izzah bakal disiasat atas sebab dipercayai membuat tawaran sejumlah AS$2 juta kepada bekas pekerja PetroSaudi Xavier Andre Justo menerusi kontrak masa depan sebagai pertukaran kepada maklumat yang dicuri daripada majikannya.

Tapi Justo lagi cerdik sebab dia nak cash money.. Yang si Izzah pulak tawarkan untuk bayar dalam bentuk kontrak bila pembangkang ambil alih kuasa persekutuan. Nampak dak kelicikan dorang ni.. Tapi bila benda ni kantoi pandai pulak Izzah kata yang dia tak pernah kenai pun Justo ni.

Ntah-ntah memang betul dia ada tawarkan duit berjuta-juta tu untuk dapatkan data curi 1MDB, pastu buat-buat takmau mengaku, cehhhhhh! Takpe kita tunggu jela polis soal siasat dia, ntah-ntah sekarang ni tengah menggelabah kat oversea tu.-TiraGomez/UtaraNews.com