Pegawai kerajaan kena buang kerja selepas cabul pelayan restoran

Ni semua gara-gara video dan gambar seorang lelaki yang dikenali Chan Jianming, yang merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan di China tersebar dalam media sosial yang memaparkan dia cuba mencabul seorang perempuan, disebabkan video tu dia terima padah dibuang kerja.

Padan muka!! Gatal merenyam sangat nak ‘gomoi’ orang, sekarang terima la padahnya. Difahamkan,video skandal tu tersebar kepada umum, menyebabkan Chan Jianming dipecat oleh Parti Komunis.

Dikatakan sebanyak tiga video rakaman didedahkan, dalam video tu Chan dok meraba sakan perempuan tu di sebuah restoran. Kalau lama-lama ‘lunyai’ la perempuan tu.

Perempuan tu pun macam malu sangat bila Chan ni mengangkat baju dia lepas tu tangan dok merayap meraba punggung. Walaupun perempuan tu try nak elak dan hentikan, si Chan tu buat tak endah aje. Lagi seronok dia buat ada la sampai ke tahap perempuan tu hampir bogel dengan pakaian dalamnya cuba dibuka oleh Chan.

Tak senonoh betul lelaki mangkuk ayun ni! Adalah seorang yang bersuara lepas tu suruh Chan tu berhenti, baru la dia berhenti. Maybe kawan dia yang suruh la tu. 

Difahamkan juga, netizen di China memang tak bagi peluang kepada kakitangan awam dan diorang sering lantang mengecam tindakan pegawai kerajaan. Baguslah membanteras kegiatan orang atasan yang tak senonoh ni ye.

“Saya telah melihat banyak skandal yang berlaku melibatkan pegawai kerajaan yang berbeza. Itulah bagaimana haiwan dilatih,” kata pengguna media sosial.

Lelaki jenis-jenis cenggini memang banyak kat luar tu, termasuk la perempuan-perempuan pun ada juga cenggitu yang suka ‘menyerah’. Nak elak dari benda tak elok berlaku ni boleh aje tapi semua tu bergantung ke atas diri masing-masing la. Pandai-pandai la bawa diri ke mana-mana pun ye! – MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *