Pelajar Pandu Kereta Mainan Barbie Untuk Ke Kolej.

Hahahhahahah… Siap park kereta mainan tu baik punya di tempat letak kereta. Buat lawak sungguh la minah saleh ni. Di Texas, Amerika Syarikat, seorang pelajar bernama Tara Monroe, 20 buat something yang rare dibuat orang lain, apabila memandu kereta mainan berwarna pink untuk ke kolej. Apa punca dia naik kereta mainan tu pi kolej?? Nak buat pertunjukkan lawak ke apa ni?

Difahamkan, sebenarnya lesen memandu Tara digantung selepas ditahan oleh pihak polis kerana memandu dalam keadaan mabuk. Disebabkan tu bapa Tara yang marah dengan tindakan dia tu, merampas kereta yang diberikan kepada dia yang selama ni digunakan untuk ke kolej.

Bagus bapak dia buat macam tu baru dia serik nak buat perangai lagi lepas ni. Tara ni pun jenis kekwat, tak mau naik pengangkutan awam or berjalan kaki untuk ke kolej. Jatuh ‘saham’ la kot noh kalau naik semua tu!

Tercetus la idea gila Tara memilih untuk membeli kereta mainan Jeep Barbie yang berharga 60USD (RM258) sebagai kenderaan dia untuk ke kolej. Kereta mainan jeep tu yang mempunyai tenaga bateri 12 voltan dengan kelajuan 5mph itu, mampu membawa dia ke kolej.

Disebabkan tindakan yang yang tak pernah dibuat orang tu, Tara selalu jadi perhatian di kolej dan hampir setiap hari gambar baru dia di laman media sosial. Kalau kat Malaysia dibuat cenggitu, mau jadinya ‘bahan’ usikan gila-gila punya la. Hihiihiihiii.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *