Pemimpin UMNO jangan jadi pengecut!

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengingatkan kepada pemimpin UMNO yang kebanyakkannya mungkin sudah lupa atau buat-buat lupa supaya tidak menjadi sorang yang pengecut dan tidak mengamalkan budaya ‘Burung Unta’. Tak kesah la pemimpin Umno di peringkat cawangan atau bahagian, semuanya diberi amaran keras oleh TPM.

Naib Presiden Umno itu juga menegaskan supaya kalau diri sendiri yang buat hal… So korang tanggung la sendiri! Jangan suka-suka hati nak lempar taik kat muka orang lain pulak. Sendiri bual hal sendiri tanggung la bebbb!

“Bila ada rusuhan datang, bila orang pergi attack (serang), dia (burung unta) sorokkan kepala dia.

“Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta, jadi unta betul, kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala, ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita.

“Kita sering melupakan apa yang kita telah dapat tapi kita mengharapkan sesuatu yang baru sebab kita rasa tak pernah puas hati apa yang kita dapat,” katanya

Tegasnya Zahid Hamidi lagi, kalau ramai sangat yang amalkan sikap lepas tangan macam tue nampak gayanya parti UMNO bukan saja gagal tapi silap-silap susah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Lantas parti pembangkang senang ler nak cantas dan take over pemerintahan… macam yang berlaku di Kelantan dan beberapa negeri yang lain.

“Kita lihat seperti mana kita (pernah) kecundang di tiga buah negeri iaitu di Perak, Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan, Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Mohamed Yaacob, dia diajar oleh orang-orang Umno sendiri, yang tidak suka dia ketika itu, nak kurangkan undi, akhirnya negeri Kelantan lebih 22 tahun sekarang ini, tak dapat diambil.

“Di Terengganu, marah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika itu menteri besar, nak ajar sedikit.. Nasib baik naik balik. Di Perak, Datuk Tajol Rosli juga pernah menghadapi masalah yang sama.

“Kalau bukan ketika itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang jadi Pengerusi Perhubungan Umno dan saya jadi Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika itu, sampai sekarang saya rasa masih orang lain yang jaga,” katanya.

Sebenarnya, pertelingkahan antara orang Melayu bukannya berpunca dari anasir luar tapi sebaliknya datang dari pertelingkahan antara ahli-ahli parti, rasa tak puas hati antara satu sama lain. Berebut nak pukoi naik kot noh..

Kalau pemimpin UMNO terus menerus amalkan sikap macam ni alamatnya senang la parti pembangkang nak kucar-kacirkan lagi kedudukan UMNO.

“Apabila kebencian dijadikan budaya, itulah perpecahan yang paling mudah dilakukan. Kita lemah adalah kerana perpecahan dari dalam peringkat akar umbi,” katanya lagi.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *