PKR rayu supaya PAS kembali berkawan dengan DAP.

PKR nampaknya tertekan apabila pendirian mereka untuk menjemput Pas untuk bersama Pakatan baharu tidak mendapat ‘restu’ daripada DAP.

Malah, apa yang mengecewakan PKR, Pas menerusi presidennya telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa parti Islam itu tidak sama sekali akan bersama Pakatan baharu setelah penat dipermainkan oleh DAP selama ini.

Walaupun DAP dan Pas terus bertelagah mengenai penubuhan pakatan baharu dengan menolak satu sama lain, PKR hari ini merayu agar kedua-dua parti berdamai demi perjuangan rakyat.

Naib Presiden PKR Tian Chua tampil untuk mendamaikan kedua-dua parti ini dengan mengatakan beliau faham keraguan DAP terhadap Pas sebagai rakan sekutu dan begitu juga dengan keraguan Pas terhadap DAP.

Tambahnya, tetapi demi membela nasib rakyat yang memerlukan pertolongan parti pembangkang, beliau merayu agar kedua-dua parti itu mengadakan ‘genjatan senjata’.

“Kami terima semua pihak ada alasan baik untuk menegaskan pendirian masing-masing. Bagaimanapun perdebatan dan tuduhan-tuduhan berpangkalang mengecewakan rakyat biasa yang bergelut untuk mencari jalan keluar,” kata Tian Chua.

Dilaporkan, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mahukan Pas untuk bersama pakatan baharu telah membuat sesi memujuk DAP dengan mengadakan lawatan ke Plaza Low Yat yang diboikot orang Melayu.

Plaza Low Yat yang dipenuhi dengan penjual Cina DAP telah diboikot oleh orang Melayu kerana sering menipu dalam jual beli di komplek terbabit. Dikhabarkan selepas insiden yang berlaku di komplek tersebut, orang Melayu sudah tidak menjejakkan lagi ke komplek berkenaan.

Namun, demi memujuk DAP untuk menerima Pas, Wan Azizah sanggup berkunjung ke komplek berkenaan bagi mengatakan orang Melayu kononnya sudah kembali ke komplek berkenaan untuk melakukan urusan jual beli barangan elektronik.

Kak Wan tolong jangan jadi kaldai DAP ye… rakyat sudah tahu permainan DAP laa Kak Wan. Ehem… Kak Wan pergi sana dapat i-phone 6s yang baru tu tak dari peniaga Cina DAP disitu??? berapa biji dapat??-AndyBolat/Utaranews.com- 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *