Rakyat mahu Malaysia saman Syarikat Indonesia punca Jerebu teruk

Sejak dari tahun 1990-an, masalah jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan secara terbuka di beberapa kawasan di Indonesia bagaikan sudah sebati di Malaysia dan negara-negara yang turut menerima tempias. Setiap tahun, negara-negara berdekatan Indonesia menerima tempias asap dari pembakaran hingga menyebabkan masalah jerebu yang kritikal.

Tambah memburukkan lagi keadaan, tahun ini saja Malaysia terpaksa menghadapi masalah jerebu kali kedua dalam masa setahun. First pada 15 September lepas… Kali ni jerebu melanda lagi hingga menyebabkan rakyat sudah bosan untuk menanggung kesengsaraan yang ditimbulkan pihak lain.

Oleh itu, rakyat Malaysia mendesak pihak bertanggungjawab untuk turut serta mengambil tindakan seperti yang dilakukan oleh Singapura, untuk menyaman syarikat-syarikat Indonesia yang terbabit dengan pencemaran udara  yang telah menjejaskan kehidupan penduduk di rantau ini.

Rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia terutamanya di wilayah Kalimantan dan Sumatera dah bosan dengan sikap pemerintah Indonesia yang seolah-oleh memandang perkara ini sebelah mata. Mana taknya, cakap pakai mulut saja tak jalan so apa kata saman terus syarikat-syarikat yang dok buat kerja pembakaran hutan ni.

Akibat dari jerebu teruk pada pertengahan September lepas, semua sekolah di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan dan Tanjung Malim ditutup. Dan hingga hari ini, empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu Shah Alam (255), Batu Muda (241), Pelabuhan Klang (230) dan Petaling Jaya (207) hingga mengakibatkan aktiviti penerbangan terpaksa dibatalkan.

Sepatutnya dorang mengharamkan terus aktiviti pembakaran hutan dan bukannya setakat membatalkan permit perusahaan je.  Kesian dekat penduduk-penduduk yang berada dekat dengan kawasan pembakaran tersebut. Hidup dalam asap la jawabnya. Nak jalankan aktiviti macam biasa pun tak boleh.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *