Renung Matahari Mampu kuruskan Badan?? Biar Betul ni…

Macam-macam la cara orang sanggup buat untuk kuruskan badan. Caranya pun pelik benor nak menguruskan badan. Renung matahari aje pun dah boleh kurus, senangkan tak payah dok susah-susah nak bersenam lagi lepas ni. Korang tenung aje matahari puas-puas, nanti berat badan turun la. Hihhiihiihi.. 

Yang terbaru  di Hong Kong untuk kuruskan badan, merenung matahari jadi trend terbaru dan paling pelik untuk melangsingkan badan jadi viral. Sebahagian perempuan di Hong Kong semakin giat merenung matahari dalam usaha mengurangkan berat badan diorang.

Difahamkan, diorang yang taksub dengan kecergasan dan kesihatan dikatakan tak lagi bergantung kepada makanan berzat or senaman untuk kekal sihat. Kumpulan perempuan tu dikatakan merenung matahari sebelum ia terbenam di pantai Kampung Sam Ka.

Menurut seorang pengamal diet, dengan merenung matahari membolehkan seseorang menyerap tenaga solar. Ni bermakna diorang tak lagi memerlukan kalori daripada makanan.

“Kami merenung matahari sebagai ganti kepada makan. Ada dalam kalangan kami kini tidak lagi perlu makan banyak. Ada yang tidak makan langsung,” katanya.

Elok benor la tu sampai tak makan pun ada juga. Ni amalan sonsang ni. Lepas ni muncul la kes kematian sebab diet terlampau.

Macam nak sihat kalau tak makan, jadi anorexia ada la. Kurus keding aje nampak tulang-tulang tu dan muka pun cengkung! Difahamkan juga, beberapa peserta berkata, terdapat elemen keagamaan dalam amalan tu. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *