Sanggup Berhenti Kerja Mahu Pecah Rekod Selfie Paling Banyak

Di India, seorang lelaki yang dikenali Bhanu Prakash, 24 berasal dari Hyderabad sanggup melepaskan  kerja dia sebagai pembantu makmal di sebuah hospital semata-mata mahu menjadi pemegang rekod mengambil gambar selfie sepenuh masa. Ni dikatakan pemikiran cetek!! Dah kerja elok berhenti pula. Nak kejar glamour ke??

Difahamkan, Bhanu ni dapat inspirasi daripada pelakon terkenal, Dwayne Johnson or The Rock yang melakar rekod mengambil gambar 105 selfie dalam tempoh tiga minit pada Mei lalu. The rock tu memang dah nama dia tersendiri! Tak menyesal ke buat cenggini??

Rekod dunia gambar selfie paling banyak dipegang oleh pemain bola sepak Amerika, Patrick Peterson yang berjaya mengambil gambar selfie sebanyak 1,449 dalam tempoh sejam.

Menurut Prakash, rekod peribadi dia takat ni adalah sebanyak 1,700 gambar selfie dan dia mahu meningkatkan angka tersebut kepada 1,800 selfie. Ni memang gila selfie dan terlalu mengejarkan sesuatu yang tak tau berbaloi ke tak dia buat cenggitu??

“Keluarga saya menyokong impian saya ini walaupun pada mulanya mereka marah kerana melepaskan kerja yang menjamin masa depan. Saya akan berusaha memecah rekod ini secara rasmi pada 18 September ini,” kata Bhanu Prakash.

Buat la apa-apa pun, nak tunggang terbalik nanti tu hidup sendiri. Kejar la kepuasanan tu sampai puas. ‘Moga’ berbaloi la. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *