Selepas Anjing Gila.., kini Nyamuk Gila pula menyerang Guan Eng dan DAP di Penang

Pulau Pinang yang berada dibawah pemerintahan DAP nampak macam makin darurat je… Mana tidaknya kalau pihak yang memerintah pulau tersebut macam tak ambil peduli je pasal kesejahteraan rakyat dorang.

Kalau sebelum ni Pulau Pinang dilanda banjir kilat yang agak teruk.. Kemudian ada pulak pembunuh anjing gila ‘misteri’ kononnya bagi membendung penyakit anjing gila. Kini Penang terjejas pulak dengan kes denggi yang semakin kritikal. Geng DAP ni tak buat kerja atau dorang memang suka tengok rakyat dorang menderita??

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahya berkata sebanyak 192 kematian dicatatkan pada tahun ini berbanding sejumlah 104 kematian yang dicatatkan pada tahun lepas. Itu baru kes kematian akibat denggi.

Kes berkaitan denggi jugak dilaporkan meningkat di Penang, tahun ini saja sebanyak 3116 kes denggi dilaporkan berlaku sepanjang tahun. Kalau nak dibandingkan jumlah kes denggi tahun lepas hanya 1048 kes saja yang dilaporkan

Maknanya kes denggi di Pulau Pinang bukan sahaja meningkat, tapi jumlah peningkatan juga naik dengan drastis dan jayanya, tiga kali ganda pulak tu… Tahniah DAP atas kejayaan ini!!

Nampak sangat yang selama ni dorang dok sibuk nak naikkan cukai itu ini, nak hapuskan kampung orang melayu bagai tapi kepentingan dan kesejahteraan penduduk situ terabai.

Apa yang dorang tahu buat adalah nak rampas tanah orang Melayu dan nak bolot semua tanah kekayaan, kerja lain satu habuk pun tak jalan makin melingkop lagi ada la. Lepas tu tahu nak sibuk hal orang lain je.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *