“Stun Gun” Dijual Secara Terbuka Di Pasar Malam Penang?

“Stun gun” atau senjata kejutan elektrik mudah diperolehi, walaupun  menjadi satu kesalahan kalau memiliki tanpa permit. Alat tu boleh didapati di pasar malam dan kedai elektronik di Pulau Pinang.

Ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu harga serendah RM40.  Benda tu digunakan untuk mempertahankan diri. Disebabkan mudah untuk dapat, penjenayah pun rasa benda tu amat berguna untuk diorang. Lagi ‘senang kerja ‘ diorang kan?

Pada Ahad lalu, perompak menggunakan alat tu untuk melumpuhkan seorang perempuan sebelum melarikan beg tangan mangsa.

Difahamkan, tinjauan The Star mendapati betapa mudah untuk membeli alat tu. Hanya dengan pertanyaan selama sejam membawa kepada maklumat mengenai pemborong senjata tuyang beroperasi di George Town.

Seorang wartawan dan jurugambar melakukan penyamaran dengan berpura-pura mahu membeli senjata tersebut untuk awek kononnya. Manakala seorang lagi menyamar sebagai peniaga di pasar malam yang ingin membeli senjata tu secara pukal. Penyamaran tu tak sia-sia.

Pemborong tu bawa diorang ke sebuah rak berhampiran dengan pintu masuk kedai yang menempatkan kira-kira 50 kotak dipenuhi senjata berkenaan.

“Saya ada dua model, jenis 800 yang berharga RM40 dan jenis 669 berharga RM50. Jika anda beli satu, saya beri diskaun RM1. Jika anda beli sedozen, saya beri separuh harga,” kata pemborong tu.

Kedua-dua model senjata tu bersaiz seperti telefon bimbit mini dan boleh digenggam antara telapak tangan. Senjata tersebut memiliki mentol lampu LED yang bertindak sebagai lampu suluh.

Tulisan pada kotak senjata tersebut mendapati senjata itu buatan negara China. Maklumat voltan kedua-dua jenis model senjata itu mengelirukan.

Slip maklumat penggunaan senjata tu turut menyatakan ia tak boleh digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah jantung atau mana-mana bahagian penting pada badan.

Di Petaling Jaya, polis berkata menjual dan memiliki stun gun dan taser gun tanpa permit adalah salah di bawah Akta Senjata 1960.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh, Seksyen 11 akta tersebut menyebut bahawa tiada sesiapapun kecuali peniaga berlesen dibenarkan menjual atau memindahkan mana-mana senjata atau peluru.

“Sekiranya didapati bersalah dibawah akta tersebut boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” kata Datuk Amar Singh. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *