Susu Kambing segar perah sendiri tepi jalan..

Fresh tau!!!!!! susu kambing diperah kat tepi jalan juga. Susu segar tu di jual di pusat bandar Xi’an, China. Pemilik ‘kedai’ tu milik pasangan kekasih mendapat untung lumayan woooooo!!!!

“Setiap hari kami membawa beberapa ekor kambing betina dan kami memerah susu haiwan itu sehingga kering kerana terlalu ramai pelanggan. Kami mempunyai pelanggan tetap yang membeli susu kambing ini setiap hari dan ada juga datang dari jauh semata-mata untuk merasai kesegaran susu kambing,” kata pasangan tu.

Menurut diorang, diorang dapat idea menjual susu kambing segar itu selepas mendapati kebanyakan susu yang dijual sudah terlalu lama diperah dan dicampur pengawet. Betul juga tu!!!

Walaupun bisnes diorang kecil macam ni pun dengan kedai pun tak ada apatah lagi alatan teknologi perah susu tapi sambutan menggalakkan. Orang kat sana sanggup beratur panjang sebab nak beli susu segar punya.!! Sebotol 10 Yuan (kira-kira RM 6.10). Biasa la tu susu kambing memang mahal sikit kan!

Yang tak pernah tengok susu kambing diperah boleh tengok secara live kat sana. Hehheheheh. Kalau nak cari rezeki macam-macam boleh buat janji HALAL ye.!! MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *