Wan Azizah pujuk PAS sokong Mat Sabu dan DAP.

Pas dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bersama PKR, DAP dan PAN?? Siapakah yang mempelawa parti Islam itu untuk menyertai pakatan baharu?? Tidak takutkah Pas dan DAP akan menjadi punca keretakan pakatan rakyat yang baharu ini??

Andy agak tertarik dengan kenyataan pemimpin PKR yang menjemput Pas untuk bersama pakatan 2.0, tetapi tidakkah DAP akan memusuhi PKR selepas mempelawa ‘rakan baik’ DAP untuk bersama Pakatan menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di ‘PJ Half Marathon’ memberitahu beliau menyokong keputusan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mengalu-alukan Pas untuk bersama pakatan 2.0.

Jelasnya, Pas bukanlah musuh PKR dan oleh itu mereka menjemput parti Islam itu untuk bersama mereka dalam pakatan baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

“Seperti yang diputuskan oleh PKR dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa PKR akan bekerjasam dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan dalam negara,” kata Azmin.

Wan Azizah sebelum ini menegaskan mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas walaupun DAP tidak menyukainya kerana DAP tidak mempunyai hak menghalang PKR untuk berkerja dengan mana-mana pihak yang diingini.

“Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan,” tegas Ketua Pembangkang itu.

Apakah tindakan DAP selepas pemimpin tertinggi PKR menyatakan hasrat mereka untuk mengekalkan Pas dalam pakatan pembangkang?? Adakah DAP akan menurut sahaja perintah PKR atau mereka mempunyai agenda mereka tersendiri??

Sanggupkah DAP untuk bekerjasama dengan Pas selepas mereka sendiri yang memutuskan hubungan dengan parti Islam itu?? atau adakah DAP akan keluar dari pakatan dan keluar bergerak secara solo??

Adakah Pas akan menerima jemputan ini selepas apa yang PKR telah lakukan kepada mereka ketika DAP sering menyalahkan parti Islam itu dalam setiap permasalahan?? Apakah Pas sanggup menjadi bahan buli jika menerima jemputan ini??-AndyBolat/Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *