Bekas Ketua MCA bakal kena saman sebab fitnah Perdana Menteri

Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik perlu membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu berdepan dengan saman dan tindakan undang-undang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan sekiranya tiada permohonan maaf dibuat atas sebab memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan bagi tujuan peribadi. Itu laaa.. Siapa suruh suka-suka hati je fitnah orang!

Sebelum ini, Liong Sik mengeluarkan satu kenyataan dalam akhbar Malay Mail yang bertajuk ‘MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket’. Bunyinya berkaitan dengan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan melampau tersebut telah mendesak Najib untuk mengambil tindakan kerana perkara tersebut menyentuh soal peribadinya. Kandungan kenyataan fitnah Bekas Menteri Pengangkutan tersebut berbunyi seperti Najib seorang pecah amanah kerana mengambil sejumlah wang dana pelaburan dan dimasukkan ke dalam akaun miliknya untuk tujuan peribadi.

“Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa pelanggan kami (Najib) menyalahgunakan amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara, 1MDB dan juga sebagai pemimpin negara.

“Ia juga membawa maksud pelanggan kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia serta tidak layak menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” kata peguam Perdana Menteri, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.

Liong Sik bertindak menyebarkan fitnah tersebut dengan tujuan mahu perdana menteri tersebut melepaskan jawatan yang dimilikinya sekarang ini. Dia juga berniat untuk menjatuhkan reputasi Najib serta ingin meracun pemikiran masyarakat tentang Najib.

Sementara itu, menurut  Hafarizam Harun lagi, surat tuntutan permohonan maaf telah pun dihantar kepada Liong Sik hari ini. Tempoh masa tujuh hari diberikan untuk membuat permohonan maaf jika tidak Liong Sik bakal disaman.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *