Chegu Bard mengamuk bila dituduh dapat tajaan jatuhkan Azmin.

Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shahrin mencabar AMK Selangor untuk membuktikan bahawa dirinya ditaja seperti yang didakwa sayap kanan PKR itu.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard menyatakan cabaran itu selepas Timbalan AMK Selangor mendakwa beliau ditaja susulan dakwaannya berhubung terdapat komplot dalam PKR yang mahu menjatuhkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Chegubard berkata, jika benar beliau ditaja oleh pemimpin PKR, beliau mahu Timbalan AMK Selangor itu mendedahkan siapa individu yang menaja dirinnya.

“Saya cabar Zainol  untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu. Sekarang ini perlu ditentukan mereka… Siapa yang bayar saya, itu saya nak Zainol jawab,” tegas Chegubard.

Dalam masa sama, AMK Selangor yang mahu Chegubard diambil tindakan disiplin berhubung serangannya, Chegubard menegaskan beliau tidak gentar untuk dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin parti.

Chegubard berkata, beliau tidak takut untuk dikenakan tindakan disiplin, tetapi siatan yang dilakukan atas serangannya itu perlulah disiasat secara menyeluruh dan telus.

“Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan diri,” katanya.

Chegubard sebelum ini mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berserta pengikutnya merancang rampasan kuasa Presiden PKR yang kini disandang oleh Wan Azizah.

Justeru itu, Zainol membuat aduan kepada Lembaga Disiplin parti terhadap Chegubard dan menggesa Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dipecat daripada PKR.-Utaranews.com-

One thought on “Chegu Bard mengamuk bila dituduh dapat tajaan jatuhkan Azmin.

  • October 9, 2015 at 7:32 am
    Permalink

    Nenek kipas dan anak pompuan kaki fitnah memang patut LETAK JAWATAN pun….menyemak je.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *