DAP biarkan P.Pinang jadi lubuk Dadah terbesar di Malaysia

Pulau Pinang yang berada dibawah naungan DAP telah mencipta rekod baru dimana Pulau Mutiara tersebut menjadi antara salah satu negeri terbesar hab penbuatan dadah di Malaysia. Bukan itu sahaja, Pulau Pinang juga adalah antara salah satu lubuk bagi sendikit pengedaran dadah antarabangsa bagi pasaran di rantau ini.

Fuhhhhh… Dahsyat! Kelebihan pusat pengangkutan yang baik yang dimiliki negeri itu menjadi salah satu faktor utama dan memberi kemudahan bagi proses keluar masuk dadah dari Pulau Pinang ke Thailand dan Indonesia.

“Pulau Pinang memiliki pusat pengangkutan yang baik, kini menjadi hab pengeluaran, mudah membawanya keluar dari Pulau Pinang ke Thailand dan Indonesia,” katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kesimpulan ini dibuat berdasarkan peningkatan nilai hasil rampasan, jumlah penahanan yang dibuat serta serbuan-serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Kedudukan kepulauan itu yang strategik dan laluan perairan yang mudah juga menjadi kegemaran bagi sendiket pengedaran dadah menjadikan pulau yang diperintah oleh DAP itu sebagai satu transit dan laluan keluar masuk bagi mengeludup masuk bahan terlarang itu.

Oleh disebabkan itu,Nur Jazlan berkata satu dasar baharu akan dirangka bagi memastikan negara Malaysia bebas dari ancaman dadah, pembekal dan permintaan dadah. Rumusan draf akhir Dasar Dadah Negara yang meliputi aspek perundangan pemulihan, pencegahan dan pendidikan yang lebih produktif sedang direka kementerian bagi membendung gejala tidak sihat itu.

“Dasar baharu itu diharap dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan agama, budaya dan kepelbagaian kaum di negara yang akan melaksanakan hukuman pengajaran dan pendidikan yang lebih bersesuaian berbanding rawatan pemulihan biasa,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *