DAP tak hormat Islam di P.Pinang bila “Haramkan” bacaan Quran di pembesar suara

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERKAITAN LARANGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA DI MASJID KECUALI AZAN DAN IQAMAH OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAIPP)

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini melahirkan rasa terkilan dengan arahan oleh MAIPP terhadap larangan menggunakan pembesar suara kecuali Azan dan Iqamah bagi masjid dan surau Negeri Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini melihat Kerajaan DAP Pulau Pinang terus menerus mengambil pendekatan yang tidak sensitif kepada ajaran agama Islam.  Isu hangat ini timbul adalah bukan kerana ceramah atau bacaan Al Quran sebelum tetapi sebaliknya azan itu sendiri dikritik.Ini jelas isu ini dibangkitkan oleh seorang ADUN DAP yang membawa rungutan penduduk di kawasannya.

Kita sudah merdeka 58 tahun, Masyarakat Islam sendiri melaksanakan ibadat tanpa menganggu sedikit pun ibadat Agama lain yang kadangkala agak keterlaluan caranya tetapi inilah budaya dan penerapan nilai murni yang diasuh oleh agamaIslam.

Pemuda UMNO Pulau Pinang sememangnya menghormati institusi fatwa Negeri Pulau Pinang, namun persoalannya kenapa sebarang aduan dari orang bukan Islam tentang Islam akan diberi perhatian lebih dan segera?.

Sedangkan banyak lagi masalah dan aduan dari orang Islam tentang agama sendiri seperti isu-isu keramat, syirik, ajaran sesat dan pelbagai lagi begitu lembab diambil tindakan.

Situasi ini menyebabkan timbul prasangka bahawa fatwa ini mempunyai unsur-unsur tekanan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang

Amat menyedihkan, semakin hari perlaksanaan ibadat Orang Islam sudah mula dipertikaikan sedangkan kaedah dan perlaksaanannya langsung tidak membahayakan dan mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat. Adalah lebih baik hari ini penumpuan yang tinggi diberikan kepada pencegahan dan kawalan anjing-anjing liar yang jelas mendatangkan masalah wabak anjing gila kepada rakyat Pulau Pinang.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang juga ingin menyatakan kepada Exco Agama YB Abdul Malik Kassim yang menjadi perantara kepada kerajaan negeri dan MAIPP supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dan menghormati hak orang Islam di negeri ini yang tidak pernah diusik ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan tidak menyokong dan akan menentang arahan atau pemerwartaan larangan ini.Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan atas pendirian kami ini dan yakin keseluruhan masyarakat Islam di negeri ini juga tidak bersetuju dengan arahan ini.

Satu memorandum akan dihantar ke MAIPP sebagai tanda protes dan menyatakan pendirian kami ke  atas isu larangan ini oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang. Malah kami juga bersedia untuk berjumpa dan bermesyuarat dengan Pejabat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang jika diberi ruang.

Salam hormat dari saya,

RAFIZAL ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *