DAP tuduh ROS ada muslihat tersembunyi hancurkan mereka.

DAP mendakwa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Ros) yang masih menjalankan siasatan terhadap pemilihan parti itu mempunyai muslihat tersembunyi dan diyakini mempunyai keputusan yang tidak menyebelahi parti itu.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, DAP tidak berpuas hati dengan siasatan yang masih dijalan RoS kerana parti itu telah menurut apa yang dikehendaki seperti mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Malah, Anthony turut menuduh RoS bersengkokol dengan Barisan Nasional (BN) kerana badan pertubuhan itu merupakan agensi kerajaan yang sudah pasti menyebelahi kerajaan.

“Sudah dua tahun kami buat pemilihan seperti diarahkan RoS. Kami patuh arahan tetapi siasatan masih dijalankan. Kami sangat tidak puas hati.

“Ini sangat tidak adil bagi DAP dengan jawapan yang diberi. Kami sudah bekerjasama selama dua tahun tapi masih belum dapat keputusan. Ia mempunyai agenda politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk paksa dan mengheret DAP hingga pilihan raya depan,” kata Ahli Parlimen Seremban itu.

Dalam masa sama,Anthony turut mempersoal niat sebenar RoS yang masih menjalankan siasatan walaupun telah hampir dua tahun siasatan dilakukan.

Selain itu, Anthony tidak menolak kemungkinan RoS akan menunggu saat-saat akhir tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menghalang parti itu dengan melarang penggunaan logo roket dalam pilihan raya tersebut.

“Apa niat dan muslihat RoS? Adakah tunggu pilihan raya akan datang, pada saat akhir, kami tidak boleh pakai logo roket lagi. Adakah itu muslihat RoS?” soal Anthony.

Tak habis-habis tuduh agensi kerajaan kalau melakukan sesuatu siasatan akan menyebelahi kerajaan. Pemimpin pembangkang memang macam ni, mula-mula hina, lepas tu kalau keputusan menyebelahi mereka bukan main sanjung lagi.

RoS mengambil masa lama untuk melakukan dengan siasatan dengan betul. Kang kalau buat cepat ada je pemimpin pembangkang cakap RoS buat keputusan berat sebelah kerana cepat sangat bagai. Nak sabar pun dah tak boleh ke pemimpin pembangkang ni??- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *