Ini Cerita Sebenar punca minah Kelantan kena belasah. Kes berebut jantan.

Semalam tersebar satu video dilaman Facebook yang menunjukkan dua minah Kelantan sedang membelasah seorang awek tanpa belas kasihan. Video tu jadi viral dan dah ditonton puluh ribu orang. Macam-macam reaksi dan komen dilemparkan.

Katanya minah yang kena belasah tu adalah seorang penjual barangan online. Dan katanya jugak dia dipukul sebab menipu duit pelanggan yang membeli barangan dari dia.

Tup-tup hari ni timbul pula pendedahan yang kata sebenarnya pergaduhan tu adalah berpunca daripada kes berebut jantan. So semua ni kes cemburu laa..

Menurut pendedahan seorang wanita didalam Facebook, minah tu kena belasah sebab masih ada contact dengan ex boyfriend si rambut blonde tu.. Lepas dapat tau dorang tu still ada hubungan, meroyan la minah rambut blonde tu sampai angkat geng untuk belasah minah terbabit..

Dua orang minah tu belasah memang ganas, tak ada belas kasihan langsung. Tarik rambut, penampaq dan tak cukup dengan tu teranjang kat muka bertalu-talu. Jelous punya pasal je kot.., tak payah la rasanya sampai macam nak bagi mati orang kann…

Dan katanya jantan yang dorang berebut sangat tu merupakan anak Datuk dikawasan tersebut.. Oooo…, patut la yang meroyan sangat.., anak orang kaya rupanya.. Kalau terlepas memang rugi la kannn..

Apapun.., tak elok laa bergaduh sampai macam nak membunuh tu hanya sebab lelaki.. Yang lelaki tu tak ada pulak muncul diri nak jelaskan apa-apa kan! Yang nak sakit perempuan sendiri! – MissHana/Utaranews.com

2 thoughts on “Ini Cerita Sebenar punca minah Kelantan kena belasah. Kes berebut jantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *