Kedah tak halang wanita Islam nak pakai Seksi.. – Mukhriz

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri akan mengikut langkah negeri di Pantai Timur yang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri tidak pernah memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita Islam itu dan beliau menyifatkan cadangan yang tersebar itu sebagai satu cubaan untuk mensabotaj kerajaan negeri.

Dalam masa sama, Mukhriz memaklumkan agar semua pihak tidak risau tentang perkara itu kerana tiada cadangan kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak menghalang seseorang wanita Islam itu untuk berpakaian apa jua yang digemari kerana ia merupakan urusan antara individu tersebut dengan Allah.

“Cadangan itu adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.

“Pada akhirnya ia antara seseorang dengan Tuhannya,” kata Mukhriz.

Adakah dengan penafian ini, Mukhriz mengizinkan wanita Islam di negeri itu bebas berpakaian menjolok mata?? Apa salahnya jika beliau melaksanakan peraturan ini yang hanya dikhususkan kepada orang Islam di negeri tersebut??

Persoalan timbul apabila Mukhriz mengatakan beliau tidak menghalang wanita Islam itu untuk berpakaian kerana ia antara seseorang itu dengan Tuhannya.

Mengapa Mukhriz yang sering tampil dengan perwatakan alim boleh menjawab sebegitu sedangkan dalam Islam mengajar kita supaya menegur sesama umat untuk memperjuangkan agama??

Adakah Mukhriz mahu melihat anak-anak gadis di negeri itu bebas berpakaian yang akhirnya bakal mengundang bala kepada diri mereka sendiri serta masyarakat sekitar??- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *