Kerajaan berusaha rapatkan jurang undang-undang Syariah dan Common di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya memaklumkan, kerajaan akan merapatkan jurang diantara undang-undang syariah dan common demi membawa Malaysia ke arah keharmonian.

Zahid berkata, proses merapatkan jurang diantara undang-undang syariah dan common ini telah berlaku sejak 2 dekad yang lalu, tetapi demi memastikan negara dalam keadaan harmoni dan menegakkan keadilan kerajaan akan memastikan tiada jurang diantara kedua-dua undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, Mahkamah Sivil kini turut menggunakan undang-undang syariah dalam kes yang dibicarakan dan mahu proses untuk merapatkan jurang diantara undang-undang tersebut dihapuskan bagi menegakkan keadilan sekaligus mewujudkan persekitaran yang dinamik di negara ini.

“Sebenarnya jika kita mengesan sejarah pembangunan sistem perundangan kita, proses mengharmonikan undang-undang syariah dan common berlaku sejak lebih 2 dekad di negara ini.

“Ini sememangnya penting bagi menyemai rangka kerja perundangan yang berwibawa cekap dan kondusif serta mewujudkan persekitaran kawal selia dinamik.

“Hari ini, kita dapat saksikan pengaruh undang-undang common dalam prosuder dan keterangan yang digunakan di Mahkamah Syariah dan pemakaian undang-undang Islam yang ditadbir Mahkamah Sivil,” kata Zahid dalam majlis Seminar Antarabangsa Undang-undang Syariah dan Common Ketiga (ISCOL 2015) di Universiti Islam Malaysia (Usim) di Nilai.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu turut memaklumkan kedua-dua undang ini mempunyai keunikan sendiri dari segi sumber undang-undang, hierarki kewibawaan, peraturan undang-undang dan amalan termasuk kaedah dan kewajaran.

Oleh demikian, untuk melaksanakan perundangan kedua-dua undang tersebut, kerajaan akan memastikan ia selari dengan komuniti rakyat di negara ini yang hidup berbilang kaum.

“Walaupun berbeza dengan ciri unik, sebarang kelemahan yang ada tidak harus dilihat sebagai halangan untuk menegakkan keadilan. Dengan mengambil kira kepelbagaian 2 sistem undang-undang ini, kita mesti memahami realiti negara ini.

“Kita tidak dapat lari daripada hakikat Malaysia negara pelbagai kaum budaya agama dengan sistem perundangan bercampur. Dalam sebuah negara yang demokratik, apa-apa perubahan dan penambahbaikan yang kita mahu perlulah dilakukan menerusi cara yang demokratik. Lebih penting lagi, kita perlu melakukannya mengikut batasan Perlembagaan,” katanya.

Syabas diucapkan kepada Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri kerana sering mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan merapatkan jurang perundangan yang diguna pakai dalam negara ini.- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *