Lim Kit Siang mahu Cikgu Orang Asli ditangkap

Susulan kes kehilangan 7 murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa pihak kerajaan supaya menangkap dan mendakwa Guru Besar sekolah terbabit.

Menurut Kit Siang, Guru Besar sekolah berkenaan perlu bertanggugjawab atas kehilangan 7 kanak-kanak orang Asli yang bersekolah di SK Tohoi kerana telah menyebabkan 5 kematian anak muridnya hilang itu.

Jelas Kit Siang, Guru Besar SK Tohoi boleh didakwa atas jenayah kecuaian kerana telah menyebabkan kehilangan 7 pelajarnya sehinga menyebabkan kematian.

“Mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kes kehilangan 7 kanak-kanak Orang Asli itu, dengan 5 kematian, patut digantung atau didakwa atas jenayah kecuaian,” kata Kit Siang.

Tambah Kit Siang, mengikut laporan yang diterimanya, pihak sekolah jelas bersalah kerana telah menyebabkan ketakutan kepada murid terbabit yang menyebabkan mereka melarikan diri selepas ditangkap berenang di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Katanya, ia jelas menunjukkan sekolah berkenaan tidak mempunyai sifat berperikemanuasiaan dan ketidakcekapan mengendalikan sesuatu masalah yang berlaku.

“Rakyat Malaysia mesti berasa bersedih hati kerana sifat tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan, kecuaian dan ketidakcekapan itu boleh berlaku dalam negara yang moden ini, menyebabkan bencana manusia dan tragedi pada magnitud yang luar biasa,” katanya.

Memang lumrah sebagai seorang kanak-kanak apabila melakukan kesalahan, mereka cuba mengelak atau melarikan diri kerana takut dikenakan sebarang denda terhadap diri mereka.

Usahlah Kit Siang cuba menyalahkan pihak sekolah dengan mengatakan ia sebuah sekolah yang tidak mempunyai kecekapan untuk mengendali kesalahan yang dilakukan anak muridnya ini kerana ia akan menambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Apa pun, pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan tugas bagi merungkaikan insiden yang berlaku ini.- Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *