Malik Kassim dakwa Umat Islam P.Pinang yang mahu Quran dilarang dibaca melalui pembesar suara.

Menurut Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim larangan pembesar suara luar Masjid dan Surau dibuat selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerima aduan daripada orang Islam sendiri di negeri itu.

Malik berkata, JHEAIPP telah menerima 10 aduan daripada orang Islam yang tidak berpuas hati dengan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi bacaan zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman bacaan Al-Quran dan zikir sebelum azan sepanjang Januari 2012 sehingga Mei 2015.

“Sebuah kertas laporan dan cadangan daripada JHEAIPP berkaitan aduan berkenaan telah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas cadangan itu kemudiannya telah dibincangkan daripada pelbagai sudut oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 1 dan 2 Julai. Keputusan sebulat suara itu disahkan pada mesyuarat jawatankuasa yang sama pada 23 dan 24 Ogos lalu,” kata Malik dalam satu kenyataan.

Betul-betul laju JHEAIPP melakukan kerja apabila selama hampir 3 tahun dengan hanyamenerima 10 aduan daripada orang Islam dinegeri berhubung pembesar suara luar Masjid dan Surau mereka telah mengeluarkan keputusan untuk mengharamkan kegunaan pembesar suara melainkan azan dan iqamah.

Jika itu menjadi alasan Exco Agama Pulau Pinang untuk tunduk dengan perintah DAP Pulau Pinang yang sebelum ini mahu pembesar suara di Masjid dan Surau seluruh Pulau Pinang diharamkan, bagaimana pula dengan aduan orang ramai mengenai gejala sumbang mahram yang sering diadu berjuta kali kepada JHEAIPP yang kini masih berleluasa?? 

Beliau yang mengulas lebih lanjut lagi berkata, keputusan itu adalah berasas kerana ia selari dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah yang mahu ibadah umat Islam yang dilakukan tidak mengganggu ketentaraman orang lain.

“Makanya, umat Islam yang ingin melakukan ibadah tidak sewajarnya mengganggu ketenteraman orang lain, khususnya yang berada di luar masjid,” katanya.-Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *