MCA dan Gerakan tuduh DAP punca melayu mengamuk di Malaysia

MCA dan Gerakan hari ini menggesa DAP untuk meminta maaf kepada rakyat di negara ini khususnya kepada orang Melayu kerana telah mencetuskan api perkauman semasa perhimpunan haram Bersih 4 yang diadakan lalu.

Selain itu, MCA dan Gerakan juga menggesa DAP agar bertaubat dari menjadi dalang dalam mencetuskan perkauman di negara ini.

Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, perhimpunan haram Bersih 4 yang disertai oleh majoriti Cina DAP jelas menunjukkan satu niat buruk parti tersebut untuk mencapai agenda politik mereka.

Selain itu, himpunan haram yang diadakan itu juga telah menaikkan amarah orang Melayu apabila pesertanya yang disertai oleh Cina DAP telah menyinggung perasaan orang Melayu dengan perbuatan tidak bermoral mereka.

“Demontrasi Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini tidak menerima apa-apa tindak balas politik kerana sentimen perkauman dan keagamaan tidak diusik. Dalam Bersih 4.0 yang didalangi DAP, para penyokongnya memijak gambar pemimpin Melayu, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Selain itu, mereka (penyokong DAP) buat istiadat pengebumian, memukul gambar guna penyapu dan menyinggung emosi orang Melayu,” kata Teck Meng.

Justeru itu, Teck Meng turut memberi amaran kepada DAP supaya menghentikan tindakan mereka yang boleh mencetuskan api perkauman dan peristiwa 13 Mei berulang kembali dengan mengatakan tindakan keras akan diambil terhadap mereka.

“Kami ingin mengingatkan penyokong DAP dan Baju Merah supaya menghentikan tindakan negatif mereka dengan segera dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas,” katanya.-Utaranews.com-

One thought on “MCA dan Gerakan tuduh DAP punca melayu mengamuk di Malaysia

  • 01/10/2015 at 11:52 am
    Permalink

    Apa pulak dia nak chakap pasal baju merah,kalau dia dah tahu puncha utama nya dari baju kuning pergi sekolah kan aja bangsa china tu jangan nak sindeh2 melayu.Dari mula tak dengar pun suara MCA ataupun Gerakan.Nasik sudah jadi buboh Melayu sudah kenal toping2 china yang banyak kurang ajar ini lagak baik tapi hati2 china memang busok Bangsa China hanya berlakon baik dengan siapa saj asal mereka dapat keuntongaan dari Melayu yang mereka bergaul.Jadi Melayu terus bangun baik atau burok biar lah kita sokong Melayu dulu sampai mati Melayu kita pileh Melayu.
    Rahsia si china boleh berjaya kerana perkauman nya memanglah kuat selagi ada bangsa dia ada selagi itu mereka akan tetap buat pilehaan kepada china juga.Baik atau burok asalkan china,itu lah prnisip mereka hingga ka anak chuchu sampai mampus.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *